fbpx

Financial Freedom: Antara Kaya Dan Kekayaan

0 117

Baru-baru ini tular sebuah video mengenai seorang pemilik sebuah perniagaan yang mahu memberikan nasihat berkenaan jangan bazirkan zaman muda untuk tidak berusaha. Masalahnya, dia seseolah menganggap pakcik itu gagal dalam hidup kerana tidak menjadi kaya sepertinya.

Hal ini tidak pelik pun sebab sejak kecil pemikiran kita dibentuk bahawasanya kaya dan materi adalah lambang kejayaan. Padahal definisi kejayaan bagi setiap orang adalah berbeza dan perkara seumpama ini perlu dibuang daripada terus membelenggu minda.

Advertisement

Apabila bercakap tentang frasa kaya ini, pasti kita semua terbayang orang kaya itu memiliki wang banyak, kereta mewah, rumah besar dan 4 isteri. Tapi macam mana pula dengan kekayaan? Adakah kedua-dua sama sahaja? Dekat sinilah orang kita seringkali alpa sebab kita semua hanya ingin jadi kaya bukan insan yang memiliki kekayaan.

Secara asasnya menjadi kaya bermaksud anda miliki banyak duit dan pendapatan yang agak tinggi. Walau bagaimanapun tidak bermakna apabila anda miliki banyak duit, anda menikmati financial freedom.

Sebagai contoh, dalam twitter pernah viral seseorang individu mendakwa bahawa ayahnya yang berpendapatan RM19k tidak mencukupi kerana miliki begitu banyak komitmen. Kenapa pula gaji RM19k masih lagi tidak cukup?

Jawapannya mudah kerana anda buat bad debt. Bad debt ini bermaksud hutang yang tidak mendatangkan income untuk anda seperti kereta dan telefon pintar. Lagi menyiksakan adalah anda buat bad debt ketika kantung simpanan anda sedang kesepian.

Mungkin di mata masyarakat, anda kelihatan sangat kaya dengan membuat bad debt tapi hakikatnya anda perlu pastikan pendapatan senantiasa konsisten agar tidak terciduk. Menjadi kaya seumpama inilah yang sebenarnya secara perlahan-lahan merosakkan masyarakat.

Situasi ini kita boleh lihat apabila berlaku krisis ekonomi, mereka yang terbiasa berbelanja besar tanpa simpanan pasti terciduk. Tapi kita tidak boleh salahkan mereka juga kerana setiap manusia pasti ada keinginan untuk menjadi lebih selesa sedikit.

Bagaimanapula dengan kekayaan. Masih lagi sama iaitu memiliki banyak duit dan pendapatan yang agak tinggi. Bezanya adalah mereka miliki wang untuk menampung keperluan mereka jika terjadi perkara-perkara tidak diingini dan financial freedom. Senang cerita, wang dan aset yang dimiliki berikan nilai kepada mereka.

Buat pengetahuan semua, tak semestinya orang yang miliki kekayaan perlu ada kereta mewah. Malah ada yang sudah menjadi billionaire tetapi masih mengamalkan hidup seperti golongan M40. Salah satu billionaire yang mengamalkan gaya hidup M40 adalah Warren Buffet walaupun memiliki kekayaan bernilai  $80.8 bilion.

Satu lagi contoh adalah pendapatan bulanan anda adalah RM15k manakala komitmen anda adalah RM5k. Inilah yang dikatakan sebagai nilai kekayaan sebenar. Malah lebihnya tunai yang ada itu mereka gunakan untuk pelaburan seperti saham dan hartanah. Jadi wang akan senantiasa mengalir dan kekayaan tidak pernah habis. Senang cerita, kekayaan adalah mereka yang tahu tambahkan lagi kekayaan dan tukarkan wang tunai menjadi aset tidak susut nilai.

Apa yang boleh disimpulkan adalah banyak duit dan pendapatan tinggi memang akan jadikan anda kaya tapi bukanlah memiliki kekayaan. Bak kata pepatah semakin besar periuk maka besarlah keraknya. Bermaksud, peningkatan pendapatan pastinya membuatkan kita ingin mengubah gaya hidup.

Walau bagaimanapun, penuhkan dulu simpanan kecemasan anda dalam tempoh paling kurang adalah 3 bulan gaji. Lagi baik sekirannya anda dapat buat simpanan untuk setahun gaji. Jika terjadi apa-apa, anda boleh bertahan sementara mendapatkan kerja baru. Malah anda juga tidak akan terciduk jika hutang-hutang yang dibuat tidak mampu dibayar.

Akhir kata, anda mungkin nampak seseorang itu berjaya kerana dia kaya. Tapi di satu sudut lain, kejayaan itu adalah berupa bahagiakan ibu bapa dan juga menyumbang kepada negara.

RUJUKAN:

Costa, M. (2021, Mei 26). Rich vs wealthy: Key differences detween the two. Clever Girl Finance. Dipetik daripada https://www.clevergirlfinance.com/blog/rich-vs-wealthy/

Wheelwright, T. (2021). Rich or wealthy. Streetdirectory. Dipetik daripada https://www.streetdirectory.com/travel_guide/143267/how_to_grow_wealth/rich_or_wealthy.html

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.