fbpx

Apa Beza Amanah Saham dengan Saham?

0 201

Sebenarnya ramai dah tahu perbezaan ketara antara amanah saham dengan saham. Tapi bila dilihat pada ringkasan berkenaan sesuatu dana atau fund fact sheet  yang menyenaraikan senarai syarikat yang dilaburkan, masih terdapat sesetengah orang keliru mengatakan ini macam saham juga.

 

Laporan Dana Makmur Pheim

 

Advertisement

Mudah sahaja nak faham amanah saham ni jika anda sudah faham apa itu saham.

 

Pelaburan Saham

Seperti mana kita semua tahu, pembelian unit saham syarikat perlulah melalui trading platform  yang terdapat dalam pasaran.

 

Minimum pembelian pula adalah 1 lot iaitu bersamaan 100 unit.

 

Setiap pembelian atau penjualan unit saham, pelabur akan dikenakan caj broker berdasarkan trading platform yang pelabur guna.

 

Kesimpulannya, jumlah duit yang dikeluarkan setiap kali pembelian adalah seperti berikut :

Harga unit saham x Bilangan unit x Caj broker = Jumlah modal

 

Pelaburan Amanah Saham

Jika saham memerlukan keputusan dan kepakaran anda sendiri untuk proses jual beli unit saham, amanah saham pula adalah anda serahkan keputusan itu pada pengurus dana itu sendiri.

 

Secara tak langsung menjadikan pelaburan sebegini sangat sesuai bagi mereka yang tiada masa dan kepakaran dalam pelaburan saham.

 

Cara pembelian juga berbeza.

Kita ambil contoh kaunter saham SUPERMX (Supermax Corporation Bhd) yang juga terdapat dalam portfolio Dana Makmur Pheim.

 

Jika anda hendak beli unit saham syarikat ni, minimum modal yang diperlukan adalah :

RM8.160 seunit x 100 unit = RM816 (belum termasuk caj broker)

Manakala dengan pelaburan Dana Makmur Pheim ini pula, anda boleh mulakan dengan hanya serendah RM100.

 

Macam mana dengan modal serendah RM100 dah boleh labur dalam syarikat harga mahal macam tu?

 

Inilah yang kita panggil pelaburan secara kolektif atau Collective Investment Scheme (CIS). CIS adalah satu konsep dimana mengumpulkan modal-modal pelabur dalam satu longgokan atau dana dan diamanahkan kepada pengurus dana.

 

Sinonim dengan nama pelaburan iaitu amanah saham itu sendiri.

 

Dengan RM100 milik anda seorang sahaja, mungkin tiada pilihan pelaburan yang banyak. Bayangkan jika 100,000 orang dikumpulkan dalam satu kumpulan, dan setiap orang menyumbang RM100, bukankah dah jadi RM10 juta.

 

Dengan modal sebanyak ini, pengurus dana ada kemampuan untuk beli saham yang lebih banyak dalam satu masa.

 

Jangan salah anggap dengan skim cepat kaya pula. Pelaburan amanah saham ni dah dapat kelulusan dan dipantau dengan ketat dibawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

 

Walaubagaimanapun, pelabur amanah saham tidak boleh dapat kelebihan seperti pelabur saham iaitu pegangan saham dalam syarikat. Meskipun dana pelaburan anda mempunyai senarai syarikat yang dilaburkan, ini tidak bermakna anda mempunyai pegangan saham dalam syarikat tersebut seperti mana pelabur saham.

 

Dalam hal ini, unit yang anda peroleh itu bukanlah unit saham tetapi unit dana atau NAV per unit.

 

Net Asset Value (NAV)

Apa pula NAV ni?

 

Nilai NAV ni kita boleh dapatkan dalam laporan tahunan dana tersebut. Formulanya adalah seperti berikut :

Sebagai pelabur, jangan peningkan kepala anda untuk tahu sebegitu dalam. Namun, jika anda hendak tahu juga, tiada masalah. Nilai NAV per unit juga boleh diperoleh dalam laporan tahunan dana.

 

Contohnya Dana Makmur Pheim adalah seperti berikut :

Kiraan unit yang anda peroleh berbeza seperti saham. Dalam saham, anda akan tetapkan unit anda terlebih dahulu. Berbeza dalam amanah saham, anda tetapkan dulu nilai pelaburan anda, barulah anda tahu berapa banyak unit yang anda dapat.

Modal Pelaburan (selepas tolak caj jualan) / NAV = Bilangan Unit

 

Kesimpulan perbezaan antara saham dan amanah saham :

PerkaraSahamAmanah Saham
Harga unitUnit saham syarikatNAV per unit dana amanah saham
Pegangan Saham SyarikatAdaTiada
Modal MinimaKali dengan 100 unit sahamRM100 (tertakluk pada terma & syarat)
Transaksi Jual Beli SahamJual beli saham dibuat secara sendiriJual beli saham dibuat oleh Pengurus Dana
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.