fbpx

Apa Beza Dealer & Remisier

0 2,683

Jika anda nak buka akaun CDS, anda perlu melalui sama ada dealer atau remisier. Apa bezanya? Yang mana lebih bagus? Yang pertama, anda harus tahu bahawa kedua-dua dealer dan remisier adalah wakil kepada broker.

Baca: Nak Melabur Saham? Buka Akaun CDS Dulu

Advertisement

Siapa broker?

Broker merupakan institusi kewangan berlesen di bawah selian Suruhanjaya Sekuriti. Ada broker yang patuh syariah sepenuhnya seperti BIMB Invesment dan ada menawarkan perkhidmatan Islamic Window iaitu sebahagian daripada institusi kewangan konvensional. Sebaiknya sebagai seorang Muslim, kita haruslah membuka dengan broker yang patuh syariah sepenuhnya.

 

Dealer

Dealer merupakan individu yang bekerja makan gaji dengan broker dan menerima manfaat yang sama seperti mana pekerja bank yang lain. Dealer perlu mematuhi peraturan kerja dan masuk pejabat seperti biasa. Dealer turut dikenali sebagai Salaried Dealer Representatives.

 

Remisier

Remisier pula merupakan individu yang tiada gaji tetap seperti mana dealer dan tidak perlu mengikut waktu pejabat. Fungsi dan tugasnya lebih kurang sama seperti dealer, tetapi pendapatannya bergantung kepada komisyen.

 

Komisyen diberikan berdasarkan transaksi jual beli bagi setiap akaun dalam kendaliannya. Komisyen dibahagikan 50:50 antara dealer dan broker. Untuk meningkatkan pendapatan, remisier perlu memberikan usaha yang lebih dengan mendidik pelanggan dalam urusan jual beli.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.