fbpx

Apa Itu Time Banking?

0 215

Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian

Itu adalah bait lirik daripada lagu kumpulan Raihan yang seringkali kita dengar ketika kecil dahulu. Lirik lagu itu cukup mengambarkan bahawasanya manusia akan senantiasa rugi jika tidak menggunakan masa dengan sebaiknya.

Advertisement

Masalahnya sekarang ramai daripada kita nampak secara fizikal masa itu sangat berharga. Maka kita akan sewenang-wenangnya membuat masa tanpa rasa bersalah. Walau bagaimanapun tahukah anda terdapat satu kaedah yang membolehkan anda tidak membazir masa iaitu Time Banking.

Sebelum itu konsep time banking sebenarnya telah wujud seawal abad ke-19 melalui pemikir daripada aliran sosialis seperti Pierre-Joseph Proudhon dan Karl Marx. Ketika itu para pemikir sosialis beranggapan konsep time banking antara jenis mata wang yang boleh digunapakai di masa hadapan.

Namun begitu, istilah rasmi time banking telah muncul 1980-an melalui Edgar Cahn. Edgar Cahn kerap mempromosikan time banking sebagai salah satu cara untuk masyarakat merapatkan jurang sosial antara kelas ekonomi. Bermaksud jika dengan mata wang kertas yang banyak, anda dapat membeli barang ataupun perkhidmatan berkualiti tinggi. Manakala jika time banking digunakan, hal ini akan memberi ruang kepada mereka yang duduk di hierarki terbawah masyarakat mendapatkan perkhidmatan berkualiti.

Macam mana tu?

Secara asasnya time banking adalah sistem pertukaran perkhidmatan antara individu yang melibatkan masa sebagai bayaran. Untuk lebih terperinci, pendekatan ini memerlukan time bank untuk mencatatkan masa berdasarkan perkhidmatan yang anda diberikan. Apabila masa anda di time bank telah terkumpul dalam beberapa unit tertentu anda berhak membeli sebarang perkhidmatan daripada orang lain berdasar tempoh masa tersebut. Senang cerita anda boleh bertukar perkhidmatan dengan kawan anda tanpa melibatkan sebarang transaksi wang.

Tapi rasanya macam susah nak faham. Tidak mengapa, anda semua boleh satu contoh di bawah.

Katakanlah anda nak bikin motorsikal 125ZR menjadi semakin laju dan masalahnya anda tidak miliki langsung kemahiran untuk modifikasi motorsikal. Kebetulan pula kawan anda miliki kemahiran tersebut tetapi anda pula tidak miliki wang yang cukup untuk upah dia. Dalam masa yang sama, macbook kawan anda rosak dan anda miliki kemahiran untuk membaiki gajet tersebut. Maka anda dan kawan anda pun membuat pertukaran perkhidmatan tanpa apa-apa transaksi kewangan dengan syarat tempoh masa membaiki adalah sama. Andai kata kawan anda memerlukan masa yang lama untuk modifikasi 125ZR berbanding anda, maka masa itu akan masuk ke time dan boleh digunakan di masa hadapan.

Sebenarnya konsep asas time banking ini telah dipratikkan oleh masyarakat kita sejak sekian lamanya. Tak percaya? Cuba perhatikan ketika satu hari sebelum menjelang hari raya, pasti penduduk akan bertukar-tukar hidangan di kampung. Apa kaitannya pula dengan time banking. Senang cerita, masa untuk memasak juadah raya tidak kira apa-apa sekalipun kecuali dodol memiliki tempoh masa yang sama. Jadi pertukaran juadah antara penduduk kampung itu boleh dikatakan menepati asas time banking.

Berdasarkan penerangan di atas, time banking ini mungkin boleh dipratikkan sebagai pengganti mata wang terutamanya bagi mereka yang kurang berkemampuan.  

Tapi ada satu masalah yang membelenggu iaitu kesukaran menentukan jumlah sebenar harga bagi satu-satu perkhidmatan. Seperti contoh di atas, modifikasi 125ZR mungkin memakan kos RM1000 manakala kos membaiki macbook adalah RM300. Dekat situ kita boleh lihat ketidaksamaan nilai antara kedua-dua perkhidmatan tersebut. Dikhuatiri, kelopongan ini akan dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu sehingga anda akan rasa tertindas dengan pertukaran perkhidmatan. Jadi relevankah untuk melaksanakan time banking?

RUJUKAN:

Boyle, M. (2021, Januari 25). Time banking. Investopedia. Dipetik daripada https://www.investopedia.com/terms/t/time-banking.asp

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.