
Apa Itu UMA (Unusual Market Activity)
Inilah perkara yang paling tidak disukai ketika tengah tunggang saham. Apakah modus operandi UMA, bila akan dikeluarkan? Apa signifikan UMA?
Apa definisi UMA?
UMA membawa maksud ada peristiwa yang berlaku pada sesuatu saham yang menyebabkan berlaku perubahan yang sangat signifikan pada harga saham atau aktiviti jual beli atau kedua-duanya sekali yang tidak diketahui punca.
Advertisement
Siapa yg mengeluarkan UMA? Sudah tentulah Bursa Malaysia. Bursa “dikatakan” mematuhi international standard best practice untuk memastikan pasaran saham malaysia yang berintegriti.
Apa tujuan Bursa Malaysia mengeluarkan UMA query?
UMA query bertindak sebagai alat yang berperanan sebagai langkah berikut:
1. Memastikan bahawa syarikat berkenaan menyegerakan mengeluarkan mana-mana maklumat, pengumuman perkembangan korporat yang belum diumumkan tetapi tidak didedahkan.
2. Untuk memastikan pelabur mendapat maklumat terkini tentang syarikat supaya pelabur membuat keputusan berpatutan berdasarkan maklumat yg diperolehi.
berdasarkan perenggan/rule 9.11 dalam papan utama Main Market /Pasaran Ace, syarikat mesti menjawab UMA query dengan kadar segera.
Bila UMA query dikeluarkan?
Ia mengikut budi bicara Bursa Malaysia sebenarnya. Secara amnya, apabila bursa malaysia mengesan sebarang pergerakan harga yang signifikan secara mendadak. Ia bukanlah dibuat secara automatik kerana seperti yg kita ketahui, perubahan harga di Bursa saham adalah dinamik yg boleh disebabkan oleh pelbagai isu, kejadian dan sebagainya.
Kebanyakan perubahan harga sesuatu saham dapat diketahui puncanya berdasarkan kondisi pasaran, perkembangan berita korporat berkaitan. dalam kes seperti ini, bursa mungkin tidak akan mengeluarkan UMA query.
UMA query ada proses dalaman bursa yang perlu dipatuhi yang dikatakan sangat ketat dan perlu mendapat kelulusan sebelum dikeluarkan.
Bila UMA query dikeluarkan, sebarang persoalan ia akan ditujukan kepada pengarah-pengarah syarikat, pemegang saham majoriti atau lain-lain pihak yang berkaitan untuk memberi maklumbalas dan memberi penilaian. antaranya:
1. Adakah di sana ada perkembangan tentang syarikat yg belum diumumkan
2. adakah ada khabar angin atau gossip berkenaan perniagaan
3. adakah syarikat mengetahui sebarang kemungkinan dan persoalan tentang UMA query?
4. samada maklumat tersebut mematuhi pematuhan penyenaraian saham (listing requirement)
Signifikan UMA query
Selalunya syarikat atau lembaga pengarah akan menjawab bahawa mereka tidak mengetahui sebarang berita atau perkembangan korporat yang berkaitan yang menyebabkan berlaku perubahan harga, “the Board is not aware of the cause of the unusual price and/or trading activity.”
Kalau tiada apa-apa maklumat berkenaaan dan harga saham berlaku perubahan yang naik sampai beratus-ratus percent (%), Bursa mempunyai kuasa utk mengawal selia harga seperti menggantung aktiviti dagangan, mengawal short selling (Regulated short selling) pada kaunter tertentu.
Selalunya, yang menyebabkan saham naik mendadak tak tentu pasal, didalangi oleh sindiket dan mereka menggunakan margin. (Baca: Bagaimana Pelabur Runcit Ditipu) Apa yang mereka takuti ialah bila berlaku UMA query dan harga dikawal, kaunter saham tersebut digantung.
Bila digantung, maka akan berlakulah margin call. bila berlaku margin call, harga saham akan menjunam kerana force selling. Jadi, mereka akan buang harga.
Contoh terkini, saham MACPIE yang harga naik mendadak, seperti biasa, “kami tak tahu mende apa2 and corporate development” tetapi apa yang berlaku ialah substantial shareholder (the CEO dan executive director) melupuskan pegangan mereka dalam open market dan diambilalih oleh Ace Solutions Investments Ltd.
Selepas UMA query (setelah saham ini naik 9 hari berturut dari 16 sen kepada 52 sen), MACPIE mengalami correction sehari, selepas itu naik semula. Apa yang signifikan tentang pengambilalihan Ace Solution menjadi substantial shareholder? Peliklah apabila Top management syarikat melupuskan pegangan mereka 70 juta unit saham (19% pegangan).
Sejarah yang lepas, kaunter yg digantung selepas UMA dan harga jatuh ke paras aras asal (rendah) adalah:
1. SERSOL
2. EDARAN
3. SCOMI
(sekadar menyebut contoh sahaja)
Mungkin ada yang persoalkan, kena lambat sangat nak keluarkan UMA query. Obviously, we have no clear answer to that.
Artikel ini ditulis oleh Zayed Zulkifli