fbpx

Apa Persamaan Arsene Wenger & Warren Buffet

0 4,322

Belajarlah konsep berniaga dan melabur daripada Arsene Wenger. Pelik kan? Dia hanyalah seorang pengurus bola, apa kaitannya dengan pelaburan pula.

 

Begini, ramai yang maklum orang yang hebat dalam dunia pelaburan adalah Warren Buffet. Kalau anda adalah seorang peminat bola sepak, mungkin anda akan lebih faham tentang konsep pelaburan dari sudut Wenger berbanding Buffet.

 

Advertisement

Siapa sahaja yang tidak kenal Wenger, pengurus bola sepak Arsenal di zaman kegemilangannya. Beliaulah yang mengubah landskap bola sepak moden bermula di Liga Inggeris, bawa pendekatan cara pemakanan dari Jepun dan paling orang ingat adalah gelaran The Invicibles, 49 perlawanan tanpa kalah. Seorang lagenda.

 

Antara perkara lain peminat bola sepak ingat tentang Wenger adalah betapa degilnya beliau hendak berbelanja besar  bagimendapatkan pemain berprofil tinggi. Punyalah berjimat cermat dalam berbelanja. Untuk mencari bakat baru, Wenger akan buat perkara bawah ini:

  1. Mencari bakat seluruh dunia dengan ‘scout‘.
  2. Bawa ke Arsenal dan gilap.
  3. Bagi peluang main beberapa kali.
  4. Jual ke kelab lain.
  5. Untung, untung, untung.

 

Kecaman lain yang Wenger terima adalah:

  1. Menduduki tangga ke-4 berkali-kali, dan tidak menjadi juara.
  2. Masuk ke kejohanan Champions League, tetapi akan terkandas awal
  3. Polisi perpindahan pemain.
  4. Melepaskan pemain-pemain bertaraf bintang.

 

Walaupun berhadapan pelbagai kecaman, beliau masih kekal menjadi idaman barisan pengarah Arsenal. Kenapa?

“Pendapatan konsisten, kurang Votaliti (naik-turun), untung dalam pasaran.” – asas bisnes yang kuat.

Untuk menjadi nombor 1, perlu melabur sekian amaun yang sangat besar. Tetapi untuk berada di nombor 4, sekurangnya sudah selamat menempah tempah ke Champions League, ada juga bayaran siaran dunia.

 

Ini lebih baik daripada beli pemain hebat-hebat, tapi belum tentu layak ke Champions League (merujuk kepada Manchester United sekarang ini).

manchester

Jadi, kalau anda seorang pelabur carilah kaunter seperti Arsenal. Ya, macam Arsenal di bawah Wenger.

 

Sama juga konsepnya dengan cara Warren memilih saham (bukan terperinci).

  1. Bisnes yang mendatangkan keuntungan konsisten.
  2. Bisnes yang beri dividen pelaburan konsisten.
  3. Mengamalkan perbelanjaan berhemah.
  4. Prospek pasaran bisnes yang baik (keberangkalian untuk no 4 atas tinggi).

 

Kaunter saham yang berpotensi buat duit kebiasaannya memiliki aset yang baik berbanding hutang-hutang yang dibuat.

Baca: Apa itu saham

Sama sepertiapa yang diamalkan Wenger. Kekal berhemah supaya ada pendapatan lebihan boleh bayar hutang stadium. Pada masa yang sama, aset itu menjana lebih pendapatan daripada jualan tiket.

 

Chelsea memang ada harta, tapi cuba korang anda berapa hutang dia? Sama seperti Manchester City, Hotspur dan United. Nampak gah, tetapi hutang mereka? Liverpool juga tidak terkecuali.

 

Artikel asal oleh Adib Yazid. Beliau merupakan seorang perancang kewangan berlesen.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.