
Apa Yang Drama Melayu Boleh Belajar Daripada Product Placement K-Drama?
Baru-baru ini tular mengenai satu drama melayu yang menggunakan product placement dengan sangat dangkal. Dalam petikan drama tersebut, pelakon kelihatan sangat try hard untuk membuat product placement. Malah lakonan itu kelihatan seperti sedang mereview di media sosial apabila kelihatan pelakon bercakap bersendirian bersama produk.
Rasanya sudah banyak kali kita lihat perkara seumpama ini terjadi dalam drama melayu. Adakah penulis skrip tidak tahu gunakan kaedah yang lebih soft ataupun terdapat politik di belakang tabir? Jadi dekat sini saya akan singkap product placement dalam K-Drama yang drama melayu pukul 7 boleh contohi.
Advertisement
K-Drama yang akan saya ambil adalah Vincenzo. Kalau anda perasan dalam beberapa scene, terdapat kemunculan gula-gula yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia iaitu Kopiko. Macam mana pula Kopiko boleh muncul dalam series Vincenzo? Inilah dipanggil sebagai product placement.
Secara ringkasnya product placement berfungsi apabila anda membayar sejumlah wang kepada filem ataupun series untuk meletakkan produk anda dalam salah satu scene. Sebelum itu, saya nak cerita serba sedikit tentang sejarah product placement dalam filem dan product placement jenis apa yang digunapakai oleh Kopiko.
Product placement dikatakan paling awal muncul adalah pada tahun 1920 melalui filem The Garage. Dalam filem tersebut, logo Red Crown Gasoline telah digunakan di dinding dan peralatan kedai. Namun tiada maklumat lanjut sama ada ianya dibayar atau tidak.
Pada tahun 1927, product placement sekali lagi digunapakai dalam filem Wings melalui coklat Hershey. Dalam filem itu, coklat Hershey boleh dilihat apabila ianya dimakan oleh pelakon.
Kemuncaknya pada tahun 1989, Hershey telah membayar filem Extra-Terrestrial sebanyak $ 1,000,000 untuk memaparkan produk gula-gula Reese’s Pieces dalam beberapa scene.
Kesannya selepas dua minggu filem itu dilancarkan, keuntungan Reese’s Pieces telah meningkat dua kali ganda.
Jadi dekat sini product placement sangat penting kerana filem dan series akan ditonton oleh hampir kesemua golongan rakyat. Dekat situ, syarikat perlu bijak untuk mendapatkan keuntungan daripada pasaran yang besar.
Sekarang ini terdapat 3 jenis product placemen yang anda semua perlu tahu iaitu:
- Screen placement
- Script placement
- Plot placement
Tapi hari ni saya nak fokus kepada screen placement.
Screen placement kebiasaanya memaparkan produk dalam beberapa scene berbentuk gambar. Produk tersebut tidak akan disebut namanya tetapi miliki peranan yang agak signifikan dalam filem. Sama seperti Kopiko dalam Vincenzo. Produk itu muncul dalam satu scene di episod ke-14.
Ketika itu watak Park Seok-do telah menghulurkan gula-gula Kopiko kepada watak Yang Joo-eun dan Seo Mi-ri yang sedang berusaha menggodam komputer di galeri seni dari jauh. Kopiko sekali lagi muncul pada episod ke-16 apabila pelakon utama iaitu Song Joong Ki memakan gula-gula itu.
Kesan daripada product placement tersebut secara tidak langsung telah memperkenalkan jenama Kopiko di pasaran Korea Selatan. Malah, jumlah tontonan yang begitu tinggi ketika series ini ditayangkan memungkinkan Kopiko bakal menikmati keuntungan besar.
Sekarang ini kita pergi kepada drama Melayu pula. Anda rasa ada ke drama Melayu yang menggunakan product placement untuk mempromosi produk tempatan? Ada tapi macam sedang mereview produk dan sangat try hard.
Apa-apapun sudah tiba masanya untuk beberapa filem dan series berprestasi tinggi di Malaysia gunakan product placement. Mungkin boleh mulakan dengan Upin & Ipin untuk menakluk pasaran Indonesia.