fbpx

Apa Yang Menarik Sangat Tentang Apple?

0 1,081

Seperti yang kita ketahui, pasaran modal Apple Inc telah pun mencecah USD2 trillion.

Apa yang istimewanya Apple?

Advertisement

Semasa covid pun, boleh naik sampai USD2 trillion. Malah, satu kepelikan lagi ialah tech-conservative investor seperti Warren Buffett turut melabur dalam Apple.

 

Apa yang kita tidak nampak dalam Apple?

Kebanyakan daripada kita hanya melihat Apple sebagai pembuat telefon pintar sahaja. Tahukah anda, Warren Buffett melalui Berkshire Hathaway (BRK) merupaka salah seorang pemegang saham terbesar (ketiga terbesar selepas Vanguard dan Blackrock) dalam Apple Inc sekitar 5.4% ?

Pelaburan asal adalah sekitar USD 36 bilion (255 juta saham). Seperti mana yang kita semua tahu, Buffett bukanlah peminat untuk melabur dalam saham-saham teknologi tinggi. Sebolehnya beliau akan cuba elak untuk melabur dalam sektor ini.

Sebelum ini, BRK membeli IBM (juga satu tindakan yang agak pelik bagi Buffet) tetapi BRK melupuskan kesemua pegangan dalam IBM tahun lalu dan membeli Appple.

Sekarang nilai pelaburan Berkshire Hathaway dalam Apple sudah pun bernilai USD113 billion berbanding nilai belian asal USD36 billion.

 

Apa yang istimewanya Apple yang kita tidak nampak?

Ada dua segmen sistem operasi (OS) yang popular dalam dunia telefon pintar:

  1. iOS
  2. Android

 

Android adalah sumber terbuka (open source) dan secara efektifnya ia adalah OS untuk telefon pintar selain Apple (Samsung, Huawei, Oppo, Lenovo). Android menguasai hampir 80% OS dalam pasaran telefon pintar OS.

Ia bagus untuk pemilik OS iaitu Google a.k.a Alphabet tetapi ia adalah kekurangan untuk pengeluar telefon pintar seperti Samsung, Huawei, HTC dan Oppo sebab tiada kelebihan perbezaan produk dari sudut OS.

Disebabkan ini, pengeluar-pengeluar telefon pintar android terpaksa bersaing melalui kelebihan produk masing-masing dan perang harga yang kompetitif.

Berbeza dengan Apple, kelebihan Apple bukan terletak pada perkakasan (hardware) semata-mata tetapi ialah iOS yang mana iOS adalah platform bagi semua produk iphone berintegrasi.

Pada tahun 2018, jualan perkakasan Apple berjumlah USD 220 billion, 70% datang dari jualan iphone dengan margin keuntungan dalam 30%.Kelebihan Apple adalah ekosistem. Bila seseorang membeli mana-mana produk Apple, mereka secara automatik akan memasuki ekosistem perisian (software) Apple yang ditawarkan atas peranti Apple.

Kalau nak muat turun aplikasi produktiviti, boleh boleh di Apps store. Nak muat turun aplikasi larian, boleh di Apps store. Kalau nak simpan gambar yangbesar, boleh besarkan penyimpanan di icloud, perkhidmatan yang perlu dibayar.

Nampak macam perkhidmatan yang ditawarkan ini macam kecil sahaja nilainya. Tapi kalau dijumlahkan nilai transaksi ini, ia menyumbang jualan USD37 billion dengan keuntungan margin 60%. Segmen perkhidmatan ini adalah 2 kali lebih menguntungkan berbanding jualan perkakasan.

Laporan Jualan Apple  seperti yang kita lihat, dari segi produk perkakasan Apple, Apple sedangkan menghadapi zaman kesukaran untuk menaiktaraf produk mereka sebaris dengan Samsung, Huawei dan lain-lain.

Dari sudut aspek lain, segmen perkhidmatan Apple terus berkembang yang mana pertumbuhan pendapatan naik 24% dari tahun ke tahun. Segmen ini melengkapi kelemahan atau kekurangan peranti Apple.

2019, Apple mengumumkan bahawa mereka sudah mempunyai 1.4 billion peranti yang telah dipasang iOS yang mampu berintegrasi antara satu sama lain. Contohnya, saya sendiri mempunyai 2 ipad, 1 macbook dan satu 1 iphone.

Baca juga: Apple : Syarikat Paling Bernilai Di Dunia, Kini Sedang Murah?

 

Saya lebih selesa menggunakan iOS berbanding android dari segi penyimpanan, backup dan sebagainya. Pada saya, peranti iphone adalah biasa sahaja. Malah, telefon seperti Huawei memiliki kualiti kamera yang lebih baik.

Mungkin inilah apa yang BRK nampak tetapi kita tidak nampak. Mungkin pandangan saya bias sebagai pengguna iOS, teapi untuk melabur dalam Apple Inc, kena lihat apa yang Apple ada.Artikel ini disumbangkan oleh Tuan Zayed Zulkifli.

 

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.