fbpx

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan GDP?

0 2,300

Gross domestic product (GDP) adalah jumlah yang diukur dari nilai barang dan perkhidmatan dihasilkan dalam ekonomi.

Namun, ukuran yang seringkali diberi tumpuan dalam perubahan peratusan ialah pertumbuhan ekonomi negara dalam jangka masa tertentu, kebiasaannya tiga bulan ataupun setahun. Cara ini telah digunakan sejak tahun 1940-an.

Advertisement

Perubahan peratusan yang paling berkesan diberikan secara nyata dengan menghilangkan kesan kenaikan harga atau inflasi.

Sekiranya ukuran GDP meningkat pada tiga bulan sebelumnya, maka ekonomi akan berkembang dengan pesat. Secara amnya lebih banyak peluang pekerjaan boleh dihasilkan dan kadar pengangguran semakin menurun.

Sekiranya negatif, ekonomi akan menyusut dengan sangat teruk. Definisi dan berlakunya kemelesetan ekonomi boleh dipenuhi jika terdapat situasi penyusutan selama tiga bulan berturut-turut.

Dengan itu, bagaimana pula cara GDP ini diukur? GDP dapat diukur melalui tiga cara iaitu ukuran output, ukuran perbelanjaan dan ukuran pendapatan.

Ukuran output adalah nilai keseluruhan barang dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh semua sektor ekonomi. Sebagai contoh seperti pertanian, pembuatan pembinaan, sektor perkhidmatan dan kerajaan.

Ukuran perbelanjaan pula adalah nilai barang dan perkhidmatan yang dibeli oleh isi rumah  dan kerajaan seperti pelaburan dalam teknologi serta pembinaan pencakar langit. Ukuran pendapatan adalah nilai pendapatan yang dihasilkan dari segi keuntungan dan upah.

Bukan itu sahaja, pertumbuhan GDP juga memiliki cerita gelapnya tersendiri. Hal ini demikian kerana terdapat banyak perkara yang mungkin tidak diambil kira oleh statistik seperti ekonomi tersembunyi dan ketidaksamaan.

Ekonomi tersembunyi bermaksud pekerjaan tanpa bayaran yang tidak dicatat secara rasmi. Manakala ketidaksamaan adalah pertumbuhan GDP yang tidak memberitahu kita bagaimana pendapatan diberi kepada semua orang.

Berkemungkinan GDP boleh meningkat hanya kerana golongan kaya menjadi semakin kaya dan bukan semua orang menjadi lebih baik dari sebelumnya. Tambahan pula, GDP hanyalah sebuah cara untuk menjadi solusi tentang pembangunan negara.

GDP yang meningkat tidak membawa makna taraf hidup rakyat marhaen semakin meningkat. Sebagai contoh, ketika perang melanda, GDP negara akan terus meningkat kerana lebih banyak wang akan dibelanjakan.

Oleh itu, GDP hanyalah menanda aras kepada keupayaan ekonomi negara dan bukanlah isi tabung simpanan masyarakat awam.

Source BBC. (2020, Jun 12). What is GDP and how is it measured?
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.