fbpx

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Kolar Putih dan Kolar Biru

0 1,849

Semasa baca artikel-artikel ekonomi di The Economist atau The New York Times, mesti sekali sekala terserempak kategori Kolar Putih (white collar) dan Kolar Biru (blue collar).

 

Terutamanya dalam zaman pandemik ini, dua kategori ini asyik menyerlah kerana berkaitan kesan buruk penularan penyakit dan penutupan ekonomi.

 

Advertisement

Pernah terfikir tak, apa yang dimaksudkan kategori ini? Kalau terfikir, artikel ini akan menyediakan sedikit sebanyak penjelasan mengenainya.

 

1. Kolar Biru

Kategori ini sebenarnya stereotaip terhadap buruh-buruh kasar yang menguruskan sektor pembinaan, perlombongan, pertanian dan pengeluaran.

Ia bukan merujuk pakaian mereka kenakan untuk membuat kerja. Sebaliknya Kolar Biru merujuk kepada kerja-kerja fizikal tinggi.

 

Kemahiran yang diperolehi pun hanya daripada misalnya GiatMara atau pengalaman daripada sifar di bengkel.

 

2. Kolar Putih

Kategori ini pula merujuk kepada buruh-buruh yang bekerja di sebalik skrin biasanya dalam industri perkhidmatan. Mereka terdiri daripada golongan yang berpelajaran tinggi seperti Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana.

 

Malah mereka juga selalunya dibayar gaji tetap yang tinggi, bukannya bergantung kepada upah yang naik turun.

 

3. Rujukan Tetap

Pensasaran kategori ini biasanya untuk memberikan gambaran jelas tentang sosioekonomi masing-masing. Malahan seseorang yang berada dalam Kolar Biru pun tidak sama sekali lebih miskin daripada Kolar Putih.

 

Cuma pendapatannya mungkin tidak stabil, kerana bergantung pada gaji jam atau upah pasang. Kolar Biru di Amerika Syarikat selalunya dipelihara kesatuan-kesatuan tertentu yang menuntut jaminan keselamatan pekerja.

 

Manakala Kolar Putih pula memperjuangkan dasar ergonomik supaya tidak jatuh sakit akibat misalnya carpal tunnel syndrome satu masa nanti.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.