fbpx

Arab Saudi Menghampiri Perdamaian Bersama Israel

0 427

Apabila Bahrain dan UAE membuat keputusan untuk berdamai dengan Israel, ramai tertanya-tanya kedudukan Arab Saudi dalam peralihan geopolitik ini.

 

Raja Salman menitahkan tiada normalisasi bersama Israel tanpa kemerdekaan Palestin (Swilam, 2020).

 

Advertisement

Namun Putera Mahkota Muhammad bin Salman mempunyai pendekatan berlainan (TRT World, 2020).

 

Perbezaan ini mungkin berpunca akibat pemerhatian generasi. Salman menyaksikan penubuhan Israel pada tahun 1948 dan semua peperangan yang menyusul.

 

Muhammad pula dilahirkan pada tahun 1985, iaitu 12 tahun selepas peperangan terakhir Arab Saudi bersama Israel.

 

Maka Salman menyaksikan kekalahan demi kekalahan, sesuatu yang tidak dirasai Muhammad. Jadi tidak peliklah apabila Muhammad bertemu dengan Jared Kushner yang merupakan penasihat utama di White House.

Peranan Arab Saudi sekarang ini hanyalah menyuruh negara-negara pengikut (seperti Bahrain dan UAE) berdamai dulu.

 

Perdamaian ini akan memberikan Arab Saudi perisai diplomasi diperlukan untuk merapatkan saf bersama Israel (Chulov, 2020).

 

Dari segi politik, Donald Trump memerlukan perdamaian antara Arab Saudi dan Israel sebelum pilihan raya yang dianjurkan pada 3 November 2020.

 

Namun perkara ini tidak mungkin dicapai dalam masa begitu dekat. Oman dan Sudan dikatakan bakal berdamai dengan Israel. Tinggal hanya Arab Saudi dan Kuwait sahaja, yang menunggu insentif diplomasi lebih besar.

 

Sekarang ini Dunia Arab sudah tidak lagi melihat Israel sebagai musuh. Kebangkitan Iran sedang mengancam kestabilan Timur Tengah yang mempengaruhi nasib Palestin. Hanya masa sahaja yang menentukan wajah sebenar generasi baharu Arab Saudi.

 

Namun setakat ini, seperti yang dikatakan Benjamin Netanyahu, “Israel sedang menikmati kejayaan diplomasi paling agung dalam sejarah. Saya berpendapat rakyat yang berasa terasing ialah golongan zalim (yang berkuasa) di Tehran.”

Source Chulov, M. (2020, September 24). Saudi heir and Jared Kushner inch kingdom towards deal with Israel. The Guardian. Swilam, A. (2020, September 7). Saudi King Salman tells Trump no Israeli normalisation without Palestinian statehood. The Edge Markets. TRT World. (2020, September 24). Saudi Arabia adopts ‘soft normalisation’ with Israel.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.