fbpx

A&W: Sejarah Kebangkitan Francais Makanan Segera

0 275

A&W mengingatkan kita kepada keistimewaan menu minuman utama mereka iaitu root beer. Tambah menarik lagi minuman tersebut tidak dihidangkan bersama ais tetapi pelanggan masih lagi dapat menikmati root beer yang sejuk. Jadi mesti anda semua nak tahu bagaimanakah restoran makanan segera ini bermula.

Secara rasminya A&W ditubuh pada 1919 di California apabila Frank Wright telah berkolaborasi bersama Roy Allen untuk mengembangkan perniagaan minuman berasaskan root beer. Syarikat yang ditubuhkan oleh mereka terkenal dalam masa yang singkat sahaja kerana keunikkan frosty mugs.

Advertisement

Menjelang tahun 1921, Roy Allen mula memasarkan minuman tersebut secara lebih serius dan berjaya memperolehi keuntungan melalui pembukaan cawangan kecil. Dua tahun selepas Roy Allen telah bertindak membeli kesemua saham milik Frank Wright bagi mengawal penuh restoran makanan segera tersebut. Secara tidak langsung A&W menjadi francais restoran makanan segera pertama di Amerika Syarikat.

Bagi memastikan kualiti minuman sentiasa terjamin, A&W hanya menjual root beer milik mereka sahaja tidak seperti restoran makanan segera yang lain. Pendekatan itu berjaya apabila A&W berjaya membuka 170 buah francais menjelang tahun 1933.

Ketika A&W baru sahaja mahu melebarkan sayap, Perang Dunia Kedua melanda lantas memberi kegusaran kepada Roy Allen untuk bertahan. Walau bagaimanapun, Roy Allen bernasib baik kerana permintaan terhadap root beer sentiasa meningkat walaupun pihak pemerintah melaksanakan catuan gula.

Selepas sahaja Perang Dunia Kedua tamat, sebanyak 450 lagi francais berjaya dibuka yang didorong oleh perubahan masyarkat yang sudah gemar berkereta. Secara tidak langsung masa perjalanan ke A&W yang terdekat menjadi singkat.

Ekoran daripada peningkatan pembukaan francais A&W, Roy Allen mengambil keputusan untuk menjual kesemua pemilikannya kepada Gene Hurt dan terus bersara pada 1950. Tiga belas tahun selepas itu, Gene Hurt pula menjual A&W kepada Syarikat J. Hungerford Smith.

Masuk sahaja tahun 1962, A&W mula melebarkan sayapnya ke luar Amerika Syarikat dengan Guam menjadi negara pertama memiliki francais restoran makanan segera tersebut. Dalam tempoh hanya setahun, A&W mula berkembang ke negara-negara Asia dan Malaysia antara yang terawal memiliki francais restoran makanan segera tersebut. Hal ini lantas menjadi A&W sebagai rangkaian restoran makanan segera pertama Amerika yang dibuka di Malaysia.

Serentak dengan itu, root beer mula menjadi semakin terkenal dan mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan. Masalahnya ketika itu, root beer hanya boleh didapati di A&W sahaja dan memerlukan pelanggan mengambil masa agak lama untuk beratur.

Bagi mengatasi masalah tersebut A&W telah membekalkan root beer ke kedai runcit bagi memudahkan pelanggan mendapatkannya hasil kerjasama dengan Dr Pepper dan Seven Up.

Hari ini A&W berjaya berkembang dengan sungguh pesat walaupun dikatakan cawangan di Malaysia semakin menguncup. Malah pada tahun 2020, A&W pertama Malaysia yang wujud sejak 1962 telah ditutup. Walau bagaimanapun anda masih lagi boleh menikmati kesegaran root beer dan aroma chicken di A&W yang kebanyakkannya terletak di pasar raya besar.

RUJUKAN:

A&W. (20200. About A&W. Dipetik daripada https://anwmalaysia.com.my/about-anw/

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.