fbpx

Bagaimana Harga Saham Dimanupilasi

0 887
Terdapat pelbagai cara untuk memanipulasi harga saham. Dengan melakukan manipulasi harga, saham sesuatu kaunter akan tampak aktif dan kecairan tinggi. Kalau baca tulisan saya sebelum ini, saya ketengahkan modus operandi pump and dump.

 

Bagaimana cara pump and dump dibuat?
Berikut cara yang dipopularkan oleh pemanipulasi atau sindiket dalam bursa saham malaysia, ia boleh dilakukan individu, sekumpulan individu ataupun pakatan kumpulan tertentu dalam peserta pasaran:

 

Advertisement

1. Insider trading (dagangan dalaman)

Kaedah ini, antara individu yang ditangkap ialah Repco Low. Dia telah membeli saham REPCO sendiri dan menaikkan harga saham REPCO sampai RM120 sekitar 1990-an. Malah perdana menteri ke-4 ketika itu menyebut dalam surat perakuan bahawa membeli saham syarikat sendiri tidak menjadi kesalahan.

 

2. Dagangan dalaman dengan pihak ketiga

Pengarah syarikat atau sekutunya, membeli saham dengan pakatan dengan remisier.
Kes yang terbabit ialah Fountain View dengan menggunakan 20 CDS akaun (nama sendiri, nomimees etc). Dia menaikkan harga saham secara aritificial (tidak asli) sampai market capitalization naik hingga RM 2.73 billion.

 

3. Remiser

Memandangkan dealer atau remisier mempunyai akses kepada akaun pelanggan yang banyak, maka mereka boleh membuat pembelian atau penjualan. Kes remisier ni banyak lah.

 

Baca juga: Apa Beza Dealer & Remisier

Kes yang berjaya dicekup:
a. Teo Chee Cheong memanipulasi harga saham 8 syarikat. Antara syarikat yang dimanipulasi oleh beliau ialah:
– MBSB
– DNEX
– HIBISCUS
– JOHAN
– SAPURA
– VELESTO
– HUAN

 

Modus operandi Teo, dia meletakkan place order dalam kuantiti 200,000 – 500,000 unit saham pada harga berbeza pada queue belian. Bila nampak volume tinggi pada harga belian, jadi pelabur akan tergoda dan mula queue dan membeli saham tersebut. Teo kemudiannya, akan batalkan placement tersebut dan akan terus ke queue jualan utk melupuskan pegangan saham tersebut.

 

Proses ini memberi gambaran permintaan palsu (false demand) kononnya ada banyak orang nak beli saham tersebut. Ini proses ketika terjadi, sudah tentu sebelum queue ini terjadi, sudah rancangan yang disebarkan dalam whatsapp group, telegram group bahawa ada orang besar nak beli saham tersebut.

 

b. Melvin Yap Han Khoon yg menggunakan akaun klien utk menjatuh saham Bright Packaging, bila jatuh dia collect saham tersebut.

 

c. Saham PICORP pernah dimanipulasi oleh 2 remisier RHB dgn menggunakan 17 akaun klien yang mana menyebabkan volume transaksi saham naik secara artificial

 

4. Sekumpulan individu yang berpakat

Ini memerlukan syndication antara beberapa orang individu untuk menaikkan atau menjatuhkan harga saham. Selalunya, operator akan mengwar-warkan harga saham tertentu akan naik sebabkan rumors tertentu.
Contohnya, menggunakan nama-nama individu tertentu yang akan mengambilalih syarikat, jumpa telaga minyak, atau nak buat facemask ke, sarung tangan ke. Sebelum berita ini disebarkan, mereka sudah pun memasuki posisi dan mengumpul (accumulation) saham tersebut dan pakatan lain menaikkan saham tersebut sedikit demi sedikit.

 

Sindiket sekarang lebih mudah memanipulasi harga saham kerana ledakan sosial media seperti facebook group, whatsapp group, telegram.

 

Dalam analisa teknikal, kita kena berhati-hati dengan fictitious and false movement, indikator atau signal boleh dimanipulasikan.

 

Individu tertentu yang mempromosikan harga saham tertentu, suruh beli saham pada harga rendah, jual dekat pucuk.

 

Kena tahu, mana intan, mana kaca.

 

Artikel ini ditulis oleh Zayed Zulkifli

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.