
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan beberapa kedai makan hampir binasa kerana ketidakmampuan untuk bertahan.
Walau bagaimanapun, terdapat juga kedai makan yang masih kekal tetapi ianya menunggu masa untuk rebah. Persoalanya, apa yang boleh dibuat bagi memastikan perniagaan kedai makan terus beroperasi?
Advertisement
Oleh kerana koronavirus masih mengganas, kedai makan digalakkan menyedikan alat pelindung seperti pelitup muka dan sanitasi tangan bagi menjaga kebersihan pekerjanya.

Malahan, pihak majikan kedai makan perlu peka dengan kehadiran pekerja bagi memastikan tidak berlaku pertembungan antara pekerjaan dan kehidupan peribadi.
Misalnya, waktu kerja yang tidak fleksibel menyebabkan pekerja berkeluarga sukar menghantar anak ke sekolah. Pihak majikan juga boleh berinteraksi secara langsung dengan pekerja bagi mengetahui masalah mereka.
Hal ini demikian kerana terdapat juga segelintir majikan yang beranggapan bahawasanya kehidupan peribadi pekerja baik-baik sahaja tanpa mengetahui kisah disebaliknya.
Jika pekerja menghadapi masalah peribadi yang serius, secara tidak langsung ianya akan mempengaruhi prestasi di tempat kerja.
Hal ini bermakna, masalah pekerja boleh menjadi masalah syarikat jika tidak ditangani dengan betul. Pekerja terasa dirinya dihargai, dijaga dan dihormat akan lebih cenderung bekerja dengan sangat produktif.
Perkara itu akan memberikan pelanggan pengalaman yang hebat serta mampu memberikan keuntungan maksima kepada kedai makan.
Melihat trend pada hari ini, ramai orang sangat berhati-hati untuk menikmati makanan di kedai maka Satu-satu cara bagi memastikan pelanggan akan memasuki kedai adalah memberikan jaminan kepada mereka bahawa premis itu bersih dan selamat.
Bagi menzahirkan premis bersih, pihak majikan harus mengambil dan melatih pekerja untuk membasmi kotoran serta senantiasa berpakaian kemas hingga membuat pelanggan selesa.
Perkara paling penting sekali adalah jarak sosial haruslah diutamakan dan pemilik kedai makan harus mewajibkan pemakaian pelitup muka jika mahu memasuki premis.
Usaha yang berterusan daripada pihak kedai makan ini memungkinkan pelanggan akan kembali serta membina kepercayaan mereka terhadap premis.
Bukan itu sahaja, kedai makan juga boleh menggunakan platform media sosial bagi memberitahu bahawa premis mereka mematuhi segala SOP PKP bagi memastikan terus dikunjungi pelanggan.
Seterusnya, kedai makan juga boleh berinovasi untuk memudahkan pelanggan membeli makanan. Sebagai contoh, kedai makan mungkin melaksanakan sistem pandu lalu seperti KFC dan MacDonalds.
Bahkan kedai makan juga boleh menyediakanm perkhidmatan makanan sendiri seperti mana Foodpanda dan Grabfood. Namun, kedua-duanya memerlukan kos dan kedai makan perlu bijak dalam meminimumkan kos.
Natijahnya, koronavirus tetap juga akan berakhir suatu hari nanti dan kedai makan yang mampu bertahan dengan normal baru pasti akan mendapat ledakan keuntungan.
Oleh itu, kedai makan harus lakukan yang terbaik bagi memastikan pelanggan terus setia dengan mereka. Ingatkan kata-kata hikmat ini “pelanggan adalah dewa”.