fbpx

Bagaimana Mahu Jadikan Hobi Sebagai Pekerjaan

0 208

Setiap manusia dimuka bumi ini pasti akan miliki hobinya tersendiri dan selalunya dilakukan ketika adanya waktu terluang. Namun tahukah anda bahawasanya hobi boleh dijadikan sebagai pekerjaan dan perlu ada rancangan yang teliti bagi merealisasikannya.

 

Anda semua pasti begitu penat bekerja di tempat sama dan hanya mengikut arahan pihak atasan, inilah masanya untuk menyinar.

 

Advertisement

Perkara paling penting rancanglah ia sebelum anda meletakkan jawatan dalam pekerjaan hakiki anda. Berikut adalah 7 cara untuk jadikan hobi sebagai sebuah pekerjaan.

1. Mulakan secara kecil-kecilan

Mulakan perniagaan melalui hobi sejak anda masih bekerja di syarikat lama. Hal ini akan membantu anda menganalisis secara S.W.O.T apa yang diperlukan untuk terus maju kehadapan.

 

Malahan anda juga akan miliki pelanggan tetap yang terdiri daripada rakan sekerja sebelum mendapatkan pelanggan baru di luar sana.

 

Walaupun melakukan dua pekerjaan secara serentak sangat merimas tetapi yakinlah bahawa itu adalah jaminan anda masih miliki kerjaya tetapa semasa mulakan hobi sebagai perniagaan.

 

Jika terus berhenti lalu mulakan perniagaan berlandaskan hobi, dikhuatiri anda akan rugi dan sukar untuk dapatkan pekerjaan lain.

 

2. Eratkan perhubungan

Media sosial boleh jadikan anda lebih mudah untuk berhubung dengan orang lain terutamanya dalam aspek perniagaan kecil-kecilan.

 

Platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram boleh membantu anda mendapatkan circle bagi membeli produk serta berkawan rapat dengan orang industri.

 

Namun, anda harus berhati-hati dalam berkawan kerana tidak semua orang akan memberikan nasihat yang elok terutama kepada pesaing baru mereka.

 

Pendekataan terbaik adalah jalinkan persahabatan sebelum berbicara mengenai perniagaan. Sekarang bukanlah waktu untuk anda bertanya kepada orang asing tentang tips-tips sukses dalam perniagaan.

 

Jadi anda harus menjadi sebahagian daripada komuniti, bukan bersaing dan bertaruh idea siapa paling hebat.

 

3. Buat sedikit penyelidikan tentang pasaran

Buat sedikit lakaran tentang kos perniagaan, produk atau perkhidmatan yang bakal anda tawarkan. Kadang-kadang ianya semudah melihat harga pasaran sesuatu produk dalam platform atas talian dan bandingkan harga dengan pesaing.

 

Dapatkan gambaran perniagaan jenis apakah yang sesuai untuk diaplikasikan. Senang cerita, apa yang ditawarkan oleh pesaing anda dan apa kelebihan anda berbanding persaing anda.

 

4. Buat perancangan

Merancang perniagaan adalah cara paling tidak popular untuk mulakan usaha baru tetapi ianya boleh jadi sangat penting.

 

Walaupun anda sudah merancang mulakan perniagaan dengan simpanan sendiri, peracangan perniagaan akan membantu anda mengatur segala hal dan bersedia dengan segala musibah.

 

5. Rancang kewangan anda

Perbelanjaan bulanan, pendapatan bersih, jumlah kos permulaan dan alatan perniagaan perlu dikira sebagai asas agar bajet anda tidak lari daripada landasannya.

 

Malahan, anda juga perlu merancang dalam membayar pelbagai jenis. Ingat jangan sampai lari cukai, kalau LHDN dapat tangkap memang banyak kena bayar.

 

Pada akhirnya, anda harus memutuskan sama ada kekal sebagai pemilik tunggal ataupun menjual sebahagian saham kepada badan-badan lain.

 

6. Lakukan pengiklanan

Media sosial adalah platform paling berkesan untuk memberitahu kepada dunia bahawa anda sedang memulakan perniagaan baru.

 

Mungkin dahulu anda perlu peruntukkan sejumlah wang untuk mengiklankannya di papan tanda terutama di lebuh raya. Hari ini anda hanya perlu gunakan Facebook Ads dan Google Ads bagi mengiklankan perniagaan. Mudah bukan?

 

7. Nilai semula matlamat anda

Walaupun ada perancangan yang teliti tetapi anda tidak tahu bagaimana mahu uruskan perniagaan sehingga anda merasainya sendiri. Dengan itu, anda perlu menilai semua matlamat secara berkala bagi memastikan anda tetap di landasan.

 

Berkemungkinan juga matlamat anda akan berubah dari semasa ke semasa berdasarkan beberapa keadaan. Anda mungkin mengetahui pasaran untuk produk anda sedikit lemah dan boleh menukar strategi bagi memastikan ianya tidak terkubur.

 

Perkara terbaik bekerja untuk diri sendiri adalah perniagaan anda berkembang dengan jayanya. Oleh itu, anda akan bersedial bila-bila masa sahaja untuk membuat tindakan dalam perniagaan.

Source Luckwaldt, J. (2019, Ogos 20). How to turn your hobby into a career. The Balance Career.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.