fbpx

Bagaimana Mahu Membantu Mereka Yang Kehilangan Kerja

0 111

Sejak koronavirus hadir menghentam dunia ditambah pula dengan perintah berkurang, begitu ramai sekali insan yang sudah kehilangan kerjaya. Hal ini boleh dibuktikan apabila seramai 826,100 yang menganggur dan kehilangan kerja sehingga bulan Mei 2020.

Angka ini merupakan jumlah yang begitu besar dan dikhuatiri lebih ramai lagi pekerja akan ditamatkan perkhidmatannya. Permohonan pekerjaan baru juga menjadi semakin sukar ekoran saingan yang meningkat serta peluang tipis.

Advertisement

Jadi apa kita boleh buat untuk membantu mereka? Masa inilah kita perlu tonjolkan sisi kemanusiaan kita dalam membantu mereka menghadapi kesukaran.

1. Berikan bantuan kewangan mengikut kesesuaian

Tekanan pertama yang terpaksa mereka hadapi adalah bagaimana untuk bertahan tanpa pendapatan tetap. Berikan sedikit bantuan kewangan merupakan cara terbaik untuk meringankan beban mereka tetapi harus ikut keselesaan anda.

Pastikan anda percaya kepada dirinya kerana dikhuatiri anda akan terpaksa menanggung dirinya untuk jangka masa yang panjang.

Jika anda berasa agak keberatan, mungkin anda boleh membantu dirinya melalui pembelian barangan dapur ataupun belanja makan. Senang cerita, bantulah ikut apa yang anda rasa sesuai dan dapat lega sedikit fikirannya.

2. Bantu mereka dalam mencari pekerjaan baru

Mencari pekerjaan baru sangat sukar terutama dalam tempoh serangan koronavirus yang sedang berlangsung ini. Sekirannya anda miliki kenalan yang ingin mencari pekerja baru, apa kata anda kenal dia kepada rakan anda.

Jika tidak dapat pun, anda telah berikan talian hayat kepada rakan untuk terus mencari pekerjaan baru. Mungkin juga anda tawarkan kekosongan di tempat kerja anda kepada rakan.

Awas, anda mungkin akan dipersalahkan jika rakan tidak mampu mencapai piawai yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.

Kalau bagi mereka yang berkeluarga pula, anda boleh letakkan anak anda kepada mereka untuk dijaga. Kadar bayaran untuk anak yang berumur 5 bulan sehingga setahun kebiasannya berjumlah RM450 dan bagi 3 hingga 6 tahun adalah sekitar RM300.

Jadi jika anda letakkan dua orang anak untuk dijaga sekaligus membantu keluarga tersebut untuk terus bertahan.

3. Berikan mereka hadiah

Kehilangan pekerjaan adalah saat paling sukar kerana boleh jadi pencetus kepada rasa jatuh paling dalam. Bukan itu sahaja, kita juga akan kehilangan pelbagai perkara yang didapati ketika bekerja dahulu.

Jadi, berikan sedikit hadiah adalah cara paling berkesan untuk mengubati kesedihan mereka. Barangan seperti coklat dan baucar boleh dijadika hadiah untuk diberikan kepada rakan.

Malahan anda juga boleh bayarkan langganan rakan seperti Netflix dan Spotify dalam tempoh masa tertentu sebagai hadiah.

Sekurang-kurangnya, rakan akan merasa dihargai walaupun berada di ambang kejatuhan dan masih miliki secebis hiburan untuk ubati yang lara.

4. Tanya mereka mengenai status pencarian pekerjaan

Perkara paling penting adalah jangan terlalu mendesak mereka dengan bertanyakan mengenai status pencarian pekerjaan. Mungkin anda boleh bertanya beberapa minggu setelah rakan anda ditamatkan perkhidmatannya.

Beri ruang kepada rakan anda untuk memilih pekerjaan yang bersesuai dan sokonglah dia sepenuh hati. Jika masih lagi tiada perkembangan, anda boleh berikan cadangan pekerjaan untuk sementara waktu.

Dalam hal ini, anda harus berlembut dan tenang dalam berbicara dengan rakan bagi memastikan dia tidak merasa sedih.

Jadi, bimbinglah rakan anda untuk mencari pekerjaan baru. Usah biarkan dia terus jatuh sehingga sanggup buat perkara yang diluar jangkauan akal dan fikiran.

Source Mohd Jamilul Anbia Anbia Md Denin. (2020, Julai 14). 826,100 penganggur sehingga Mei. Harian Metro. The New York Times. (2020, Ogos 30). How to Help Someone Who Lost Their Job.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.