fbpx

Bagaimana Mahu Membina Vision Board Kewangan

0 184

Memandangkan tahun 2021 akan menjelma tidak lama lagi, pasti ramai diantara kita yang ingin menetapkan beberapa matlamat untuk mencapai sesuatu. Jadi kita semua mesti memerlukan sebuah vision board kewangan untuk mencapai matlamat tersebut.

Sebelum itu, kita harus mengenali apa yang dimaksudkan dengan vision board kewangan.

Advertisement

Secara asasnya,vision board adalah sebuah hamparan kad manila yang terkandung beberapa gambar kolaj dan kata-kata hikmah.

vision board
Kredit: Thrive Global

Kedua-duanya menggambarkan impian yang ingin digapai di masa hadapan. Jadi dalam vision board, anda boleh letak beberapa foto yang mengambarkan impian anda seperti mungkin rumah, kereta idaman, penjimatan dan pengumpulan wang.

Anda juga boleh memasukan sekali kata-kata hikmah seperti ‘pantang mundur kecuali operasi’ dan ‘pantang anak petani moden mengundur kala’.

Jadi, bagaimanakah mahu membina vision kewangan yang mantap? Berikut adalah beberapa cara untuk membina vision board kewangan bagi mencapai matlamat.

 

1. Tetapkan Matlamat Kewangan Anda

Perkara paling penting sekali adalah tetapkan matlamat kewangan anda untuk tahun baharu terlebih dahulu. Matlatmat tersebut haruslah jelas dan signifikan untuk anda mencapainya dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Salah satu cara yang boleh gunakan pakai adalah melalui kaedah mencapai matlamat melalui SMART.

smart method goals

Ianya akan mengajar anda menetapkan matlamat yang spesifik, logik, boleh digapai, realistik dan tempat pada waktunya. Dengan itu, anda akan lebih mudah melihat serta mengukur perkara yang dilakukan untuk mencapai matlamat itu.

Sebagai contoh, matlamat kewangan adalah mendapatkan Play Station 5 yang berharga RM2500 pada akhir tahun 2021. Jadi anda perlukan RM210 untuk disimpan bagi setiap bulan sehingga Disember.

Matlamat ini sangat jelas, jangka masa yang boleh diukur dan begitu realistik dengan kemampuan kewangan anda.

Penetapan matlamat yang jelas akan memudahkan anda mendapatka gambaran awal tentang sesuatu ingin dicapai. Jadi tetapkan dahulu matlamat sebelum membikin sebuah vision board kewangan.

Baca juga: [Kalkulator] 2 Fungsi Mudah Untuk Jejak Impian Kewangan Anda

 

2. Letakkan Foto Yang Memberi Inspirasi

Duit ringgit
Kredit: The Edge Markets

Bagi memberikan anda lebih inspirasi untuk mencapai matlamat kewangan adalah anda boleh letakkan foto seperti rumah impian, kereta idaman dan duit menggunung di vision board.

Anda juga boleh kepilkan sekali kata-kata hikmah yang boleh memberi semangat tatkala memandang vision board tersebut pada setiap pagi.

Bukan setakat itu sahaja, anda juga boleh menetapkan beberapa sasaran yang bukan bersifat materi seperti bekerja lebih kuat dan luangkan banyak masa bersama keluarga.

Jadi letaklah gambar anda sedang bekerja ataupun foto keluarga anda bagi memberi inspirasi.

 

3. Fakta Dan Angka

statistik
Kredit: Miro

Sebilangan insan pada hari ini lebih gemar menggunakan angka dan statistik dalam vision board kewangan bagi mengira segala kos bagi mencapai matlamat mereka.

Jadi, kita turut boleh mengaplikasinya kerana lebih mudah untuk melihat keluar dan masuk dalam kantung kewangan kita. Jika jumlah kos yang keluar melibatkan jumlah besar, anda boleh kurang sedikit beberapa perbelanjaan tidak berfaedah.

Angka-angka yang ditampilkan dalam statistik tersebut akan membuatkan anda lebih kuat untuk mendapatkan wang bagi memenuhi matlamat.

Dengan itu, anda akan lebih berhati-hati untuk membelanja wang bagi memastikan matlamat kewangan anda tidak terjejas.

 

4. Tukar Jika Perlu

Jika anda merasakan beberapa foto dan kata-kata hikmah tidak sesuai dengan matlamat sehingga memberi tekana, eloklah kiranya anda terus menukar keduanya.

Mungkin lepas itu anda boleh letakkan beberapa gambar serta ucapan tahniah kerana anda dapat mencapai matlamat kecil sebelum menuju matlamat sebenar.

Apa-apa pun lakukannya dengan tenang dan menyeronokkan kerana anda ingin mencapai matlamat kewangan bukan dalam keadaan tertekan. Buatlah sahaja apa yang anda suka di vision board asalkan ianya bersesuai dengan matlamat kewangan anda.

 

5. Macam Mana Nak Guna Vision Board

Perkara pertama adalah anda perlu letakkan vision board tersebut di tempat yang senang untuk anda lihat.

Mungkin juga di tempat selalu anda pandang di dalam bilik tidur. Jadi bila anda selalu memandang vision board itu untuk setiap hari, pasti semangat dalam diri akan bangkit untuk mencapai matlamat tersebut.

Jika ada diantara foto dalam vision board tersebut mengambarkan kejayaan anda, usahlah dibuang. Anggap sahaja sebagai tonik tambahan untuk anda mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

Tahukah anda, pandangan berbentuk visual sangat berkesan dalam merangsang kita untuk mencapai kejayaan yang lebih besar.

Vision board juga adalah boleh hasilkan untuk setiap tahun mungkin untuk anda menyimpan duit pula dan beberapa perkara lain.

Manusia adalah satu makhluk yang tidak puas dan impian anda akan senantiasa berkembang selagi ianya boleh dicapai.

Jadi anda perlukan vision board bagi mengukur kantung kewangan anda bagu memastikan matlamat itu dapat dicapai dengan tepat.

Vision board yang lama boleh disimpan kerana ianya adalah penanda aras kepada pencapaian anda dalam menyimpan wang dan menetapkan matlamat kewangan.

Bacaan lain: 7 Langkah Membina Kejayaan Kewangan

Boleh baca juga 3 Perkara Perlu Dielakkan Bagi Menjamin Kesihatan Kewangan Anak Muda di sini

Source Fo, A. (2020, Disember 19). How to make a vision board for your finances. Clever Gilr Finance. My Personal Finances. (2020, Disember 16). What is a financial vision board and how does it work?
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.