
Bagaimana Moratorium Bank Negara Beri Kesan Pada Pembayaran Pinjaman Anda?
Sudah nampak bibit-bibit rakyat mula tertekan dengan situasi sekarang ni.
Tertekan dengan ada yang gajinya dipotong, ada yang bergaji harian tak boleh keluar mencari rezeki dan tidak terlepas juga majikan yang pening kepala nak bagi makan apa kat staf.
Advertisement
Keluarnya insentif-insentif istimewa sempena Covid-19 ni sedikit sebanyak dapat memberi nafas lega. Terutamanya Moratorium daripada Bank Negara baru-baru ni.
Bayangkan kalau anda mempunyai komitmen RM1,000 bayar pinjaman perumahan, RM700 bayar pinjaman kereta, secara automatiknya anda ada lebihan RM1,700 selama 6 bulan ini.
Yang paling gembira sudah semestinya orang kaya yang besar komitmennya. Mana tidaknya kalau dah komitmen bank sahaja dah 5 angka sebulan bukan?
Persoalannya, bagaimana kiraan pinjaman anda selepas terlaksananya moratorium ini?
Berikut contoh yang boleh dijadikan panduan.
Kesan Penangguhan Bayaran Pinjaman
Sepertimana yang dinyatakan oleh BNM, kadar faedah tetap dikenakan dan akan dibawa kehadapan selepas tempoh 6 bulan ini.
Kesannya, antara dua iaitu ansuran bulanan akan bertambah dalam beberapa tempoh ataupun tempoh biayaan anda bertambah.
Ini bergantung pada setiap bank.
Contohnya, AgroBank jelas menyatakan tiada kenaikan ansuran bulanan tetapi tempoh pembiayaan tambah lagi 6 bulan.
Ada pun yang bertambah ansuran bulanannya, pengiraannya secara terperinci masih belum diketahui. Yang pastinya kadar faedah tetap berjalan sepanjang tempoh moratorium.
Bagi pembiayaan Islamik, keuntungan hanya dikenakan pada baki prinsipal. Manakala pinjaman konvensional, kadar faedah dikenakan pada baki pinjaman (nilai prinsipal + faedah terkompaun)
Bank-bank telah diarahkan untuk beri maklumat terperinci berkenaan kadar faedah yang dikenakan sepanjang tempoh ini.
Kad kredit ada penangguhan juga ke?
Tidak.
Walaubagaimanapun, BNM telah arahkan bank-bank untuk menawarkan pindahan baki hutang kad kredit kepada pinjaman bertempoh.
Baca juga : Bayaran Minimum Kad Kredit, Satu Perangkap Tanpa Kita Sedari
Dengan syarat, pinjaman baru itu tidak melebihi 3 tahun dan tidak melebih kadar faedah 13% setahun. Sepertimana pinjaman sedia ada, pinjaman baru ni tidak terlepas juga daripada kadar faedah yang terakru sepanjang tempoh ini.
Baca yang masih ingin tahu maklumat lanjut, anda boleh rujuk pada kenyataan asal dan FAQ rasmi BNM.