fbpx

Bagaimana Nissan Bangkit Menjadi Gergasi Automotif?

0 506

Nissan merupakan jenama kereta yang tidak asing lagi di Malaysia walaupun jualan dan penggunaannya agak suam-suam kuku sedikit.

Namun begitu, tahukah anda Nissan merupakan syarikat automotif keempat terbesar di dunia.

Advertisement

Persoalannya sekarang bagaimanakah syarikat ini bermula? Adakah sama macam syarikat lain yang bermula dengan industri bukan automotif? Ayuh soroti artikel ini.

Masujiro Hashimoto
Kredit: Wikidata

Semuanya bermula apabila Masujiro Hashimoto menggagaskan Kwaishinsha Motor Car Works pada 1911 di Tokyo. Ketika itu Hashimoto miliki impian untuk bangunkan kereta pertama Jepun tapi sayangnya dia kekurangan modal.

Hashimoto telah menjemput Kenjiro Den, Rokuro Auyama, dan Keitaro Takeuchi untuk membiayai projek pembuatan kereta syarikatnya yang diberi nama model DAT.

Model DAT melakukan debutnya secara rasmi pada 1914. Lima tahun selepas itu syarikat Jitsuyo Jidosha Seizo Company ditubuhkan di Osaka. Kedua-dua syarikat ini telah bergabung bagi membentuk Dat Jidosha Seizo Company pada 1926.

Beberapa tahun kemudian, Tobata Imaon Company iaitu syarikat alat ganti kenderaan telah membeli kepentingan dalam Dat Jidosha Seizo.

Objektif utama Tobata Imaon mengambil alih kepentingan syarikat itu adalah untuk menghasilkan kenderaan secara besar-besaran yang setanding dengan kereta import.

Tahun 1932 menyaksikan nama Datson telah berubah menjadi Datsun yang dikaitkan dengan simbul matahari Jepun kuno.

Setahun kemudian, Datsun telah diambilalih oleh Jidosha Seizo Company, Ltd., yang tertubuh hasil gabungan Nihon Sangyo Company and Tobata Imaon. Selepas itu, Jidosha Seizo Company, Ltd., dijenamakan semula menjadi Nissan Motor Co., Ltd.

Walau bagaimanapun, kereta Datsun di bawah jenama Nissan kurang mendapat sambutan apabila syarikat Amerika Syarikat seperti General Motors Corporation (GM) dan  Ford Motor Company telah menguasai pasaran Jepun.

Ianya diburukkan lagi dengan tercetusnya Perang Dunia Kedua apabila pihak imperial Jepun mengarahkan kesemua syarikat automotif beralih kepada penghasilan kemudahan ketenteraan.

Ketika itu Nissan banyak menghasilkan enjin untuk jet pejuang dan bot torpedo.

Selepas tamat sahaja perang dunia kedua, industri automotif Jepun kembali bangkit. Ianya bermula dengan pemberian tender oleh syarikat asing kepada syarikat tempatan.

Nissan juga turut terlibat pada tahun 1952 apabila menjalinkan kerjasama dengan Austin Motor Company Ltd. dari United Kingdom.

Melalui kerjasama ini, Nissan berjaya menghasilkan kereta yang efisien dan mendapat kelebihan untuk memasarkan kereta ke Amerika Syarikat.

Menjelang 1958, syarikat itu telah bekerjasama dengan Woolverton Motors dan Chester G. Luby bagi mengedarkan kereta Datsun di pasaran Amerika Syarikat.

Namun, Nissan masih lagi tidak mampu menjana keuntungan dan telah menghantar dua orang wakil syarikat untuk membantu pengedaran kereta di sana.

Dua tahun selepas itu, Nissan berjaya mendapatkan keuntungan melalui penjualan kereta dan trak sebanyak 1,640 unit. Hal ini mendorong Nissan untuk mengedarkan model baru.

Pada tahun 1966, syarikat itu telah mengilhakan Prince Motor Company Ltd lantas berjaya memiliki model Skyline dan Gloria. Hasil daripada pengilhakkan tersebut, Nissan berjaya mengeluarkan Datsun 240Z sebagai sports car di pasaran Amerika Syarikat.

Nissan juga hampir lumpuh ketika berlakunya krisis minyak yang menandakan kemerosotan industri automotif pada 1970. Hal ini menyebabkan harga petrol meningkat dengan mendadak ditambah pula dengan penurunan nilai dolar.

Datsun 210 'Honeybee
Kredit: Pinterest

Bagi mengatasi masalah ini, Nissan telah menghasilkan Datsun 210 ‘Honeybee yang menggunakan gas untuk berfungsi.

Memasuki tahun 1981, Datsun telah menggunakan Nissan sebagai nama rasmi kereta. Selepas itu, Nissan mula menghasilkan kereta mewah dengan beberapa teknologi futuristik. Bagi sektor r&d pula, syarikat itu telah melaburkan 4.5 peratus daripada keuntungan syarikat.

Di akhir 1980an syarikat itu mendapati di masa hadapan, pengguna lebih gemarkan kereta berprestasi tinggi, berkelajuan tinggi dan beberapa lagi ciri premium. Jadi ianya diambil oleh Nissan bagi menghasilkan kereta mewah yang kena dengan selera pengguna.

Syarikat itu sekali lagi dilanda musibah apabila apabila keuntungan dan jualan kereta turun mendadak. Ketika itu, model kereta daripada Amerika Syarikat kembali mendapat tempat di hati rakyat Jepun ekoran harganya yang murah.

Di samping itu, kemelesetan ekonomi global juga semakin memburukkan kerajaan dengan Nissan semakin rugi dari hari ke hari. Malah syarikat itu juga hampir muflis sebelum diselamatkan oleh Industrial Bank of Japan.

Di awal 1990an, Nissan berjaya menjana keuntungan sebentar melalui model Altima yang mendapat sambutan di pasaran Amerika Syarikat.

Namun rugi kembali kerana Nissan tidak mampu bersaing dengan syarikat automotif Jepun yang lain ekoran kekangan kewangan. Pada akhir 1999, hutang syarikat itu telah meningkat kepada $19.7 bilion.

Nissan Renault
Kredit: Nikkei Asia

Untuk terus bertahan, Nissan telah bikin pakatan bersama Renault dari Perancis untuk bersaing dengan jenama automotif lain.

Baca juga Rancangan Penggabungan Nissan-Renault Ditangguhkan

Hal ini telah membuatkan pakatan tersebut sangat kuat dengan Nissan hanya fokus kepada Jepun, Asia, Amerika Syarikat, Mexico, Timur Tengah, dan Afrika Selatan.

Manakala Renault lebih tumpukan perhatian ke pasaran Eropah, Turki, dan Amerika Selatan.

Renault juga telah menyuntik dana buat Nissan dan syarikat itu bertindak melupuskan operasi yang tidak beri keuntungan seperti telefon bimbit serta aeroangkasa.

Boleh baca Ghosn Di Nissan, Bencana Yang Dibawa Pembawa Berkat

Bacaan lain: Hari Nada – Pemusnah Legasi Nissan Carlos Ghosn

Jadi syarikat itu hanya perlu fokus kepada sektor automotif untuk mendapatkan keuntungan tanpa melaburkan kepada sesuatu yang tidak perlu.

Hari ini Nissan menjadi salah satu jenama paling popular dan inovatif sejak penubuhannya 100 tahun lepas. Nissan berhasrat untuk terus menerajui industri automotif dengan teknologi dan reka bentuk yang futuristik.

Source Nissan Of Canton. (n.d). History of Nissan. Reference For Business. (2021). Nissan Motor Co., Ltd. - Company profile, information, business description, history, background information on Nissan Motor Co., Ltd.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.