fbpx

Bagaimana Orang Susah Hidup Masa Great Depression

0 557

Apabila sebuah krisis ekonomi berlaku, kelompok pertama yang menerima padahnya ialah orang susah. Puncanya jelas iaitu kekurangan (atau ketiadaan) simpanan, hutang penting yang besar dan harga makanan.

 

Keruntuhan pasaran saham di Wall Street pada tahun 1929 memberikan kesan kepada semua orang, bukan hanya pelabur sahaja.

 

Advertisement

Orang susah pun kehilangan kerja, atau dipotong gaji. Para peniaga pun sengsara juga, kerana tiada kuasa beli seperti biasa.

Sumber : ideas.darden.virginia.edu

 

Ramai bercucuk tanam walaupun di bandar raya besar. Kekurangan tanah tidak menjadi penghalang kerana dapur disusun dengan begitu rapi untuk memuatkan pasu-pasu sayur (Schumm, 2014).

 

Walaupun bercucuk tanam sendiri, mereka masih berwaspada. Makanan dibuat hanya untuk teruskan hidup saja seperti casserole dengan cili, keju dan macaroni. Makanan mudah tetapi mengenyangkan ini juga kerap dihidangkan di gereja untuk berkongsi.

 

Jadi apabila sebuah kariah bertukar-tukar juadah, meja makan mereka sentiasa dipelbagaikan dengan rasa. Lima rumah membuat lima makanan berlainan untuk melengkapkan keinginan lidah supaya tidak jemu dengan satu makanan sahaja.

 

Permainan kad dan permainan berpapan seperti Monopoly dan Scrabble banyak mengisi masa lapang untuk merawat kebosanan. Radio pula memberikan hiburan percuma seperti drama bunyi dan ulasan sukan.

 

Perkara ini mungkin sejarah untuk pembaca-pembaca moden. Namun inilah realiti orang dulu yang perlu kekal stabil kerana kekurangan wang boleh memberikan kesan terhadap psikologi. Ramai mengambil langkah mudah dan membunuh diri pada tahun 1933 (Konkel, 2018).

 

Tidak mampu bercerai, suami tinggalkan isteri dalam keadaan sebatang kara. Ada juga situasi isteri meninggalkan suami untuk lelaki lebih stabil walaupun sebagai simpanan.

 

Mungkin golongan ini boleh dihakimi dengan perspektif moden. Namun pada ketika itu, siapa tahu nasib sebenar mereka?

 

Siapa sangka ada orang boleh ambil peluang ketika krisis. Baca artikel top pilihan pembaca berkenaan 5 Pelabur Terkenal Jana Keuntungan Ketika Krisis Kewangan Global.

Source Konkel, L. (2018, April 19). Life for the Average Family During the Great Depression. History. Schumm, L. (2014, Mei 29). America’s Patriotic Victory Gardens. History.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.