fbpx

Bagaimana Pelabur Runcit ‘Ditipu’?

0 6,260
Kepada yang buat untung 100-200% dalam tempoh singkat, alhamdulillah.
Tak tahulah siapa sindiket di belakang skim pump and dump terkini.

 

Advertisement

Boleh tengok hantaran operasi pump and dump dalam tulisan saya yang lepas (2016 – 2017). Hanya jauhari yang mengenal manikam.

 

Link hantaran: Hantaran 1, hantaran 2
Dalam tulisan yang lepas, kaunter yang menjadi mangsa pump and dump adalah:
1. ANZO (HARVEST) – kaunter yang dikaitkan dengan anak najib
2. SUMATEC – yang dikaitkan dengan halim saad
3. PDZ & SANICHI – pairing dgn halim saad
4. XOX – suatu ketika dahulu dikaitkan dengan syed mokhtar
5. CYBERT
6. WINSUN, kemudian tukar nama jadi WINTONI
7. ASIAEP
dan banyak lagi lah skim pump and dump yang lepas.

 

Yang lepas ini, kalau ikan bilis terkena tuh faham lah, tapi kalau pengurus dana pun terkena, agak pelik la.

 

Pattern chart adalah sama, untuk kaunter terkini seperti
XOX – sekarang cerita dengan jutawan China nak ambil alih
NICE
SANICHI
PDZ
IRIS – ini ada musim dia.
iris
Alah, mereka boleh menyedapkan cerita, bagitahu prospek perniagaan yang indah-indah dan memukau mata serta kaitkan dengan orang itu ini.

 

Sebelum cerita semua benda ini, mereka dah beli and kumpul dulu (accumulation stage). Kemudian barulah sarankan kaunter tertentu. Dalam masa mereka sarankan pada orang ramai, mereka dah untung 100%.

 

Ikan bilis masuk selepas itu, saham naik sampai 300-500%, keteka ini mereka dah selesai jual semua saham, ikan bilis yang beli di pucuk (paras tertinggi) akan tersekat sebab dah tiada siapa mahu beli pada harga yang lebih tinggi.

 

Saya ni bukanlah pandai sangat dalam analaisa teknikal. Tapi kalau nak guna analisa teknikal atas syarikat seperti ini, pattern apa sesuai berkaitan dgn kaunter ini? cup with handle? bullish pennant?

pump and dump
Kredit: SG Budget
Pattern dia mudah je, sideline 1-2 tahun (atau lebih), bila tiba masanya naik mencanak. Ketika itu, pelabur runcit aka bilis pun masuk dah  menolak harga ke paras yang lebih tinggi.

 

Kalau gunakan analisa fundamental lagilah pelik, apa logiknya saham naik beratus-ratus  peratus tapi kedudukan kewangan syarikat rugi, hutang besar, keadaan ekonomi yang tidak menentu, tapi saham naik lagi besar dari keuntungan syarikat.

 

Kalau nak ride the trend, okay sahaja, untung jual lah. Nanti jatuh, tanggung sendiri. Hanya bila ombak sudah reda barulah kita tahu siapa yang berenang telanjang.

 

Cuba baca nasihat Joe P Kennedy yang relevan baca masa sekarang: Joe P Kennedy, Budak Pengilat Kasut & Saham

 

Artikel ini ditulis oleh Zayed Zulkifli

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.