fbpx

Bagaimana Pengeluar Filem Buat Duit Melalui Netflix

0 1,376

Industri perfileman sangat bergantung kepada jualan pawagam sebagai punca rezeki sulung. Setelah pembikin filem berbelanja kadang boleh mencecah ratusan juta dolar, pengedar pula perlu mengeluarkan dana lebih kurang untuk memastikan liputan meluas.

Avengers: Endgame misalnya memerlukan AS$356 juta untuk dibikin, dan AS$200 juta untuk pemasaran (Shepherd, 2019).

Advertisement

Pulangannya pula AS$2.798 bilion, maka keuntungan kasar jelas sekali suatu misi berjaya iaitu AS$2.242 bilion.

Namun bayangkan jika ia hanya pecah panggung sebanyak AS$622 juta sahaja seperti Ant-Man and The Wasp.

Tentu sekali kerugiannya sangat besar kerana terpaksa bergantung kepada jualan DVD pula dengan catatan +AS$66 juta sahaja. Jadi kalau pawagam diketepikan terus, bagaimana pengeluar-pengeluar filem buat duit melalui Netflix?

Pengeluar-pengeluar filem buat duit melalui Netflix sendiri. Misalnya untuk Death Note, Netflix mengeluarkan perbelanjaan sebanyak AS$50 juta bagi menjayakan adaptasi ini.

War Machine yang dilakonkan Brad Pitt menelan perbelanjaan sebanyak AS$60 juta. Dan Bright oleh Will Smith pula lebih mahal lagi iaitu AS$90 juta.

Netflix berkemampuan untuk membuat begini oleh kerana keutuhan pasaran iaitu keuntungan AS$950 juta sebulan (Postma, 2020).

Algoritma yang mereka gunakan tidak pernah gagal mendatangkan keuntungan. Mereka juga tidak perlu fikir pun tentang pengedaran, apatah lagi pemasaran. Mereka sudah ada platform besar dan setia yang melanggan untuk hiburan tanpa iklan.

Namun kekurangannya pun terhadap pengeluar-pengeluar filem. Contohnya Facing the Giants digambarkan dengan hanya AS$100,000 sahaja.

Namun keuntungan ia catat mencecah AS$38 juta. Pengeluar-pengeluar filem mungkin bebas risiko kerugian. Namun mereka tidak boleh mendapat keuntungan besar sebegini, jika melalui Netflix.

Source Postma, A. (2020, Februari). How does Netflix make money? Zippia. Shepherd, J. (2019, April 8). Avengers Endgame: Marvel have spent a record amount on promotional campaign. The Independent.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.