fbpx

Bagaimana Singapura Membangunkan Ekonomi

0 380

Kemajuan Singapura terutamanya dalam ekonomi tidak seharusnya menjadi realiti pahit untuk Malaysia. Perpisahan antara dua negara ini berlaku pada zaman yang sangat mencabar.

Tanah Melayu ketika itu berdepan dengan kesukaran sosiopolitik oleh kerana campuran budaya pasca-penjajahan.

Advertisement

Jadi hari ini Singapura harus dilihat sebagai contoh untuk memperbaharui keadaan negara. Hanya sifat bongkak dan ego sahaja yang membutakan mata seseorang pada kejayaan.

singapore
Kredit: Amazon

Dengan hanya sebuah pulau, Singapura berjaya mengubah sebuah kawasan setinggan menjadi hab perindustrian bertarafkan antarabangsa. Bukan setakat ekonomi sahaja yang membangun.

Dalam tempoh 20 tahun, Singapura juga maju dalam penunjuk-penunjuk sosial seperti jangka hayat, pendidikan, perumahan, kebersihan, kestabilan, pengangkutan, ekonomi dan sebagainya (Zarroli, 2015).

Semua ini dicapai tanpa setitis minyak yang dikeluarkan setiap hari. Sebaliknya Singapura pula menarik minyak untuk diproses.

Perdagangan merupakan kata kunci utama bagi Singapura. Kerajaan Lee Kuan Yew benar-benar memastikan Singapura mengamalkan sebuah perdagangan sangat bebas, licin dan stabil.

Tiada halangan perdagangan dibuat yang boleh mengerutkan dahi pemain industri utama. Tiada tariff yang perlu dibayar untuk memasukkan barangan dalam negara.

Malah Singapura dikatakan berjaya kerana kekurangan birokrasi sampai sebuah syarikat boleh ditubuhkan dalam masa tiga jam sahaja (Johnson, n.d.).

Kerajaan Singapura melihat bahawa perdagangan bebas hanya boleh terjamin dengan kemajuan sektor perbankan, elektronik dan pembinaan kapal. Jadi mereka tidak melengahkan masa.

Inilah sektor yang dilaburkan dengan banyak, sambil memastikan rakyat mendapat perumahan untuk bekerja. Setakat ketersediaan sahaja tidak cukup untuk Singapura. Kuan Yew mahukan prestasi dan ketelusan.

Jika satu perkara gagal (atau belum berjaya), beliau mahu penjelasan dan kepimpinan autokratik inilah menjadi asbab kedua di sebalik kejayaan Singapura.

Oleh kerana sikap Singapura hanya mahukan sesuatu yang baik, berjaya, berjaya dan berjaya. Tiada peluang kedua dan tidak boleh berundur setapak dua.

Meskipun tiada musuh yang nyata, Singapura berkelakuan seperti dunia ini ialah sebuah persaingan dan sememangnya dunia sedang bersaing antara satu sama lain.

Singapura pula memilih sisi yang hanya boleh memajukan negara, di sebalik latar belakang Perang Dingin antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet.

Tidak boleh dilupakan juga bahawa Singapura membangunkan prasarana saintifik hingga boleh memudahkan kehidupan.

Pendidikan yang mapan bantu melengkapkan keperluan semasa. Sebarang kecacatan pula dibendung dengan dasar yang jitu.

Jika tanya apa rahsia Singapura, sebenarnya tiada rahsia pun. Keazaman dan kegigihan sahaja menjadi tonggak utama.

Baca juga Dasar Stop At Two Singapura di sini

Source Johnson, G. (n.d.). The late conservative economist Milton Friedman. Augustana University. Zarroli, J. (2015, Mac 29). How Singapore became one of the richest places on Earth. NPR.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.