fbpx

Bajet Karbon: Perjanjian Mengurangkan Pengeluaran Karbon

0 141

Istilah ‘Carbon Budget’ mula dipopularkan kembali selepas tamatnya persidangan di peringkat global yang membawa kepada permeteraian Perjanjian Perubahan Iklim atau lebih dikenali sebagai ‘Paris Agreement’, yang diadakan di Perancis pada tahun 2016.

Perjanjian ini telah memberikan isyarat serta amaran keras kepada seluruh anggota masyarakat dunia, bahawasanya isu-isu yang melibatkan alam sekitar khasnya perubahan iklim (climate change) tidak lagi boleh dipandang enteng.

Advertisement

Hal ini dikatakan demikian kerana, suhu global telah pun meningkat sebanyak 1.0°C hasil daripada perlepasan Gas Rumah Hijau Antropogenik (Greenhouse Gases) sejak dari zaman ‘Pre-Industrial’ yang bermula pada tahun 1750 hingga 2000 (250 tahun), menurut kajian pakar alam sekitar dan saintis.

Jika perkara ini dibiarkan tanpa ada sebarang langkah mitigasi yang ampuh dari seluruh negara anggota dunia, hasil kajian dari pakar-pakar menjangkakan bahawa; suhu global akan meningkat sebanyak 1.5°C hingga 2.0°C sebelum memasuki abad ke-22, dalam jangka masa 100 tahun sahaja.

Terlebih dahulu, kita perlu mengetahui sedikit sebanyak tentang perkara-parkara asas berkaitan dengan pengistilahan ‘Carbon Budget’ dan juga ‘Paris Agreement’, yang mana kedua-dua perkara ini memiliki kesinambungan yang amat penting.

Pertamanya, ‘Carbon Budget’ adalah satu formula asas yang dipermudahkan (simplified) untuk memberi gambaran tentang ‘bajet’ atau ‘baki’ perlepasan Gas Rumah Hijau, khususnya gas Karbon Dioksida yang menjadi penyumbang utama kepada berlakunya fenomena perubahan iklim.

Menurut laporan khas (special reports) terbitan ‘Intergovernmental Panel on Climate Change’ (IPCC), para saintis telah merumuskan; dunia kini hanya memiliki baki ‘Carbon Budget’ sebanyak 420 gigatonnes (Gt) di dalam tempoh masa 10 tahun dari sekarang, untuk mengelakkan peningkatan 1.5°C suhu global sebelum memasuki tahun 2100.

Pun begitu, angka 420 Gt itu hanyalah bersifat anggaran kepada 66% kemungkinan yang kita akan ‘berjaya’ jika semua negara mampu menepati sasaran penurunan perlepasan gas Karbon yang ditetapkan semasa Perjanjian Paris.

Pada masa yang sama, IPCC turut menurunkan lagi kadar peratusan anggaran kejayaan kepada 50%, dengan menetapkan angka ‘Carbon Budget’ sebanyak 580 Gt dalam tempoh masa 14 tahun yang mendatang.

Hipotesisnya amat mudah, iaitu semakin besar peratusan kejayaan yang ingin kita tetapkan secara kolektif, semakin kecil jumlah perlepasan Gas Karbon yang boleh negara anggota dunia lepaskan dalam tempoh masa tertentu.

Terdapat pelbagai cara untuk kita mengurangkan kadar perlepasan Gas Rumah Hijau, antaranya; membangunkan industri tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy), mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor ‘tradisional’ (berenjin petrol), menggalakkan pengeluaran kenderaan berasaskan elektrik, mempergiatkan lagi kempen kitar semula, dan pelbagai lagi.

Amerika Syarikat (AS) misalannya, menerusi pentadbiran Presiden Joe Biden; telah memulakan komitmen mereka untuk mengurangkan kadar perlepasan Gas Karbon menerusi pertukaran kira-kira 645000 unit kenderaan rasmi sedia ada yang digunapakai oleh kesemua anggota kerajaan AS kepada kenderaan berasaskan elektrik menjelang beberapa tahun akan datang.

Antara lain, negara-negara maju seperti United Kingdom (UK) turut merencanakan agenda ‘net-zero emission’ mereka dengan sasaran penurunan sebanyak 68% perlepasan Gas Karbon menjelang tahun 2030, yang mana kerajaan UK meletakkan angka 16 juta kenderaan berasaskan elektrik atau 46% daripada jumlah keseluruhan kenderaan berdaftar (35 juta unit), menurut ‘Climate Change Committee’.

Baca juga: Bagaimana Covid-19 Mengurangkan Pencemaran Udara.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.