fbpx

Bala Peperangan Yang Mengancam Ekonomi Dunia

0 96

Kalau seorang dua cakap pasal gawat, mungkin mabuk ketum. Tapi sekarang ni semua tengah bising pasal gawat. Billionaire. Penganalisis. Pemerhati. Peniaga. Satu dunia, bukan setakat kat Malaysia jer. Korang boleh tengok gambar kelima betapa terjejasnya kuasa beli di Malaysia sekarang.

Apa yang dok jadi? Saya (cuba) straight to the point terangkan dalam bahasa marhaen.

Advertisement

Nak faham keadaan ekonomi ni, kena faham dua benda “gangguan bekalan barangan” dan “tekanan pasaran buruh”. Dua benda ni bunyi jer rumit tapi mudah nak faham.

COVID-19 melanda hari tu memang kita kena kedua-duanya. Lepas tu ada mangkuk hayun pi bagitau Vladimir Putin yang dah tiba masanya untuk turun berperang kat Ukraine. Dah langgar Ukraine, nak menang tak boleh. Nak berundur, malu. Jadi terikatlah sampai sekarang.

Perang Rusia-Ukraine ni menyebabkan gangguan bekalan barangan yang teruk. Bayangkan enjin pesawat yang ada masalah (COVID-19 punca masalah), kau pergi baling batu dalam kipas tu (Perang Rusia-Ukraine).

Benar, Ukraine ni negara miskin. Dah kenapa perang ni rosakkan dunia pula?

  1. Bila Rusia serang, harga minyak global melambung. Harga minyak melambung, korang mesti faham apa akan jadi.
  2. Banyak jer industri EU outsource “sistem sokongan” (macam IT dan customer service) ke Ukraine. Jadi bila Rusia serang, semua syarikat berkenaan kena gelabah.
  3. Rusia tutup gas asli ke EU. EU dah berjaya cari pembekal baru. Tapi nak cari tu makan masa. Bila harga elektrik mereka naik, syarikat sedia ada menggelabah kurang itu ini.

Jadi senang kata, Perang Rusia-Ukraine ni bagaikan menyapu garam pada luka dibuat COVID-19. Kesannya berantaian sampai seluruh dunia rasa. Dah tu China pula buat “Zero Covid Policy” sampai bandar Shenzhen kena lockdown begitu ketat. Tambah masalah bekalan di dunia.

Rintihan para peniaga yang menunjukkan tahap kuasa beli negara.

Maka dunia masih belum baiki “gangguan bekalan barangan”. Dah tu pula ada “tekanan pasaran buruh”. Apa makna tekanan pasaran buruh ni? Korang perasan tak sekarang ni ada rantaian pelik? Menurut DOSM bagi 2022 Q2, sektor ekonomi menghasilkan 500,000 peluang pekerjaan baharu.

Kira ekonomi makin pulihlah. Namun kuasa beli masih terjejas. Kat mana-mana saja mesti ada rintihan. Sebenarnya apa yang berlaku adalah “underemployment”. Masa COVID-19 melanda, pemegang ijazah tiba-tiba kecundang hilang kerja. Nak sara diri/keluarga, kena cari duit juga. Jadi ramai turunkan standard sanggup buat apa-apa kerja termasuk mengambil upah gig (Grab/FoodPanda).

Ada yang jadi salesperson. Ada yang jadi pembantu pentadbiran. Pelayan restoran. Asalkan ada duit dari tiada langsung. Sini korang nampak contoh “tekanan pasaran buruh”.

Apa susah? Ni pandemik dah habis, carilah kerja baru. Tak semudah tu. Korang bayangkan gini. Seorang pekerja dalam sektor kimia tiba-tiba hilang kerja dan terpaksa jadi salesperson. Jurujual ni tak perlu kemahiran setaraf ahli kimia. Pandemik pula dua tahun. Jadi selama 24+ bulan tu, orang ni tak dapat kemahiran dalam sektor bidang. Maka kalau cari kerja baru, korang rasa tahap kemahiran dia tu setaraf ahli-ahli kimia lain yang sama umur dengan dia? Tak. Takkan. Tak mungkin. Rujuk gambar bawah yang dibuat FMT. Memang tepat.

Tu belum lagi dengan kedatangan graduan baru dalam sektor kimia. Jadi orang yang dah ada pengalaman (tapi dinafikan kerana pandemik) ibaratkan start over balik.

Maka atas dua sebab ni, dunia sekarang tengah menghadapi risiko kegawatan.

Jom bina masa depan anak kita dengan ilmu daripada buku ENAM ANGKA MENJELANG DISEMBER. Buku ni mengajar korang cara nak gilap anak-anak supaya dapat membangunkan ekonomi peribadi dengan baik. Link Shopee: https://bit.ly/enamangka

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.