fbpx

Beg Tangan Sebagai Pelaburan Yang Menguntungkan

0 146

Umum mengetahui bahawa pelaburan dilakukan untuk mendapatkan untung tetapi perlu bersedia menanggung kerugian. Antara instrumen pelaburan yang dikenali oleh masyarakat awam adalah seperti saham, bon, emas dan hartanah.

 

Saham merupakan salah satu instrumen pelaburan yang paling menguntungkan. Namun begitu, jangan terkejut kerana saham memiliki risiko yang sangat tinggi untuk rugi.

 

Advertisement

Buat pengetahuan semua, beg tangan yang sering dipakai oleh wanita juga boleh dijadikan sebagai pelaburan. Mungkin ianya kelihatan agak sedikit dangkal tetapi percayalah terdapat potensi yang besar dalam pelaburan beg tangan.

Menurut Art Market Research (AMR), seni, kereta klasik dan whiskies langka memiliki potensi yang tinggi dalam pelaburan.

 

Beg tangan juga tidak terkecuali apabila beberapa jenama seperti Hermès, Chanel dan Louis Vuitton pernah mencapai lonjakan nilai sehingga 83 peratus dalam 10 tahun terakhir. Malahan beg tangan juga telah menjadi pelaburan terkumpul (collectible investment) nombor satu di dunia pada tahun 2019.

 

Dalam laporan itu juga menyatakan bahawa lebih daripada 3500 beg tangan berjenama telah terjual secara lelong pada tahun 2019 dengan harga tertinggi mencecah $32.9 juta.

 

Beg tangan Himalayan Birkin berjenama Hermès yang dihasilkan daripada kulit buaya menjadi antara beg tangan paling didambakan serta sangat banyak dikumpulkan di dunia.

 

Buat pengetahuan semua, sebanyak 10 beg tangan Hermès Birkins paling mahal yang pernah dilelong adalah daripada jenis kulit buaya.

 

Dengan, itu, nilai beg tangan Hermès telah meningkat sebanyak 129 peratus dalam 10 tahun terakhir manakala bagi beg berjenama Chanel pula menunjukkan peningkatan 132 peratus.

 

Oleh sebab penghasilan beg tangan Hermès sangat terhad dan perlu tunggu begitu lama untuk mendapatkannya, para pengumpul barangan langka sanggup membayar dua hingga tiga kali ganda daripada harga biasa sehingga mencecah harga di luar pasaran.

 

Hal ini menyebabkan beberapa individu sanggup menghabiskan begitu banyak wang untuk memiliki beg tangan tersebut sebelum melelongkan semula dengan harga yang lebih mahal.

 

Tindakan itu merupakan salah satu pelaburan bagi mendapatkan wang yang lebih banyak daripada penjualan barang seperti beg tangan tersebut.

 

Caranya mudah sahaja, beli beg tangan tersebut ketika ianya pertama kali dikeluarkan tetapi harus sanggup korbankan sedikit wang.

 

Selepas itu, tunggu atau lelong beg tangan tersebut kepada umum dengan permainan harga sehingga ada yang sanggup membelinya.

 

Walaupun sebahagian besar dunia berada dalam perintah berkurung, beg tangan terakhir yang terdapat di Christie habis terjual dan telah dilelong dengan tanda harga $1.67 juta.

 

Bukan itu sahaja, beg tangan Himalayan Birkin berkulit buaya juga telah terjual dengan anggaran harga dua kali lebih tinggi iaitu sebanyak $150000.

 

Buat pembaca semua, adakah anda mahu mulakan pelaburan dalam beg tangan terutamanya daripada jenama Hermes Birkin?

Source Frank, R. (2020, Mei 5). Handbags were the hottest investment for the rich last year. CNBC. London, L. (2020, Julai 1). Designer handbags are now a better investment than art. Forbes.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.