fbpx

Bethesda Softworks Menjadi Gergasi Hiburan

0 30

Bethesda Softworks merupakan sebuah gergasi terkemuka dalam industri hiburan hari ini. Umum saja keluaran baru, jutaan orang menanti memilikinya. Malahan ada yang siap sergah lagi untuk cepat siapkan.

Namun begitu, bukan semua orang tahu yang Bethesda pernah dicemuh satu masa dulu. Enam tahun selepas diasaskan, Bethesda hanya mengeluarkan “permainan sukan tidak layak diingati” pun.

Advertisement

Baca juga: PlayStation, Daripada Semut Kecil Kepada Raksasa Permainan Video

Jadi Bethesda pun berbincang untuk membuat game action role-playing pula. Ketika itu syarikat Sir-Tech yang mengeluarkan siri Wizardry mencemuh mereka.

bethesda

Bethesda bermula dari bawah, sampai tegang urat otak untuk membuat sebuah “bahtera hiburan”. Akhirnya mereka berjaya mengeluarkan The Elder Scrolls pertama iaitu Arena.

Ramai dalam kalangan peminat RPG jatuh cinta dengan Arena lantas mereka pun menguar-uarkannya sehingga Arena laris di pasaran (Trotter, 1995).

The Elder Scrolls diluaskan lagi dengan beberapa keluaran hebat. Apabila Oblivion diedarkan pada tahun 2006, Bethesda sah sudah berjaya.

Baca juga: Bagaimana Pengeluar Filem Buat Duit Melalui Netflix

Oblivion menekankan tentang aksi, cerita, magik, politik dan juga fantasi. Konflik antara Empayar Tamriel dan pihak Daedra disulamkan dengan grafik dan konsep “open world” yang menjadi.

Pemain disediakan dengan agama-agama fiksyen, yang seakan-akan sama dengan pendewaan Yunani/Rom.

Kejayaan Oblivion diwarisi sekuelnya iaitu Skyrim, yang jauh lebih berkonflik. Tamriel berpecah-belah selepas kalah dalam peperangan menentang Aldmeri.

Wilayah Skyrim (dalam Tamriel) pun sedang berperang sesama sendiri, kerana ramai bangsa Nord tidak boleh menerima kenyataan apabila Tamriel akur dengan permintaan Aldmeri.

Di sebelah barat Skyrim pula terletaknya Markath. Di sini pun ada konflik kecil kerana korupsi dan plutokrasi.

Tidak cukup dengan peperangan saudara, timbul pula Alduin iaitu naga yang sudah lama hilang.

Sulaman semua konflik ini membuatkan Skyrim mungkin antara game paling berjaya sejarah. Bethesda berjaya mendapat 30 juta pelanggan untuk Skyrim, mengutip hampir AS$1.8 bilion (bajet hanyalah AS$85 juta).

Buat pengetahuan semua, Skyrim sudah mengumpulkan AS$450 juta dalam masa seminggu sejak mula dijual! Di sini jelas – The Elder Scrolls mempunyai ramai peminat… yang sedang menunggu keluaran The Elder Scrolls 6.

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.