fbpx

Big Why: Apa Tujuan Berbisnes?

Bakat & kemahiran adalah salah satu komponen persona perniagaan tetapi ada faktor lain juga

0 577

Berapa kali kita lihat orang ramai tertipu skim cepat kaya. Skim yang menyebabkan orang melabur ke dalam sesuatu bisnes berdasarkan keuntungan & ketamakan dan bukannya memilih berdasarkan kemahiran & bakat mereka?

Inilah antara sebab kita tak berjaya di dalam bisnes yang diceburi.

Advertisement

Bakat dan kemahiran adalah salah satu komponen persona perniagaan tetapi ada faktor lain iaitu:

Apakah tujuan anda berbisnes?

Minat?
Perjuangan?
Peluang?
Tak Pasti?

Nak tahu apa beza empat tujuan berbisnes ini?

1. Berbisnes sebab minat

Ini yang paling selalu kita dengar. Tapi, berhati-hati, kerana kalau kita minat buat kek tak semestinya kita akan jadi usahawan kek yang berjaya.

Kenapa?

Sebab seorang pakar kek kena ada kemahiran buat kek. Seorang usahawan kek kena ada kemahiran pengurusan, kemahiran pemasaran, kemahiran pengurusan kewangan dan sebagainya.

Saya cadangkan baca buku The E-myth Revisited daripada Michael E. Gerber.

2. Bisnes sebab perjuangan

Ada diantara kita ingin membina empayar bisnes untuk menguatkan ekonomi agama & bangsa. Ada yang mahu menyalurkan untung ke usaha kebajikan. Ada yang mahu menggunakan perniagaan sebagai platform mendidik masyarakat mengenai kesedaran pengurusan kewangan.

Inilah yang dimaksudkan dengan berbisnes sebab perjuangan…

Di dalam eBook Persona Perniagaan saya mengupas lebih mendalam mengenai Perjuangan Perniagaan dan kesannya ke atas bisnes anda. Kalau tanya saya, inilah faktor terbesar didalam Persona Perniagaan yang menentukan kejayaan anda.

 

3. Berbisnes sebab peluang

Kadang-kadang, Allah bagi rezeki untuk nampak peluang berharga…

Jika cukup ilmu, modal dan pengalaman, kita boleh cepat merampas peluang tersebut.

Tak ramai usahawan berbisnes sebab peluang, tapi ada je di luar sana. Kekurangan golongan ini, jika mereka terlampau kerap tukar industri mereka tak dapat membina kepakaran & kepercayaan yang mendalam dalam industri mereka.

4. Berbisnes, tapi tak pasti kenapa

Ini yang paling bahaya. Saya faham ada situasi di mana keutamaan adalah untuk mencari nafkah.

Bila sudah stabil, masih tak tahu hala tujuan bisnes anda, maksudnya mereka ini tidak tahu apa sebabnya anda berbisnes.

Kalau kita tidak tahu arah tuju perniagaan kita, bagaimana nak rancang strategi perniagaan untuk mara ke tahap yang seterusnya?

Apa yang saya cuba sampaikan adalah:

  • Dalam berbisnes, kita kena serasikan Perjuangan Perniagaan, Persona Perniagaan dan jenis perniagaan yang dipilih.
  • ‘Competitive Advantage’ atau kelebihan persaingan kita yang paling istimewa adalah diri kita sendiri, kerana ada satu sahaja di seluruh dunia. Pesaing boleh tiru produk, tapi mereka tidak boleh tiru personaliti & perjuangan anda. Pesaing lain boleh tiru, tapi sudah pasti ia tidak akan sama 100%. Malah, orang akan janggal bila ada orang meniru anda lebih-lebih…

Gunakanlah keunikan tersebut.

Kenali diri, perniagaan lestari.

Untuk dapatkan lebih pemahaman, anda dijemput untuk hadirkan diri ke Webinar Strategi Termometer Perniagaan. Pendaftaran adalah Percuma

You might also like