fbpx

Boleh Ke Beli Saham Yang Dah Naik Tinggi?

0 610

Harga saham sudah tinggi. Ada orang bertanyakan kepada saya, sekarang sudah saham A harga tinggi. Boleh beli ke?

Saya sebut, harga saham sekarang memang sudah tinggi. Mungkin kita jangka akan ada harga pembetulan (price correction). Ataupun mungkin tidak.

Advertisement

Harga tinggi sekarang mungkin 5 tahun akan datang, ia akan menjadi harga terendah. Dan memang selalu kita takkan beli bila harga tertinggi. Akibatnya, kita sampai bila pun tak beli.

Did warren buffett always buy stock at the lowest price?

Kalau dijadikan ukuran kebanyakan penganalisa hari ini, mahal atau murah bergantung kpd P/E valuation. Kalau P/E tinggi, maksudnya mahal. P/E Rendah murah.

Cuba lihat P/E saham-saham di bawah ketika dibeli oleh syarikat warren buffett (Berkshire Hathaway)

Axalta Coating Systems P/E: 131.6

USG P/E: 41.7

Visa P/E: 35

Coca cola P/E: 29

KRAFT HEINZ COMPANY P/E: 105

Tak dinafikan ada juga ketika Buffett beli saham yang mempunyai low P/E (i.e below 10).

Baca juga: Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang P/E Ratio

Pelabur jangka masa panjang tidak kisah tentang harga. Kalau kebetulan beli saham tersebut memang harga rendah, itu bonus. Buffett membeli pada harga yang betul. If he’s really successful for not buying shares at a really lower price, then we must be way more successful than him because we think we buy at lower price and sell at higher price.

“Kalau” la beli saham ni 10 tahun dulu, atau 5 tahun dulu. 10 tahun akan datang tahun 2027, kita akan cakap benda yang sama.

Baca juga: 7 Kriteria Saham Defensif Menurut Benjamin Graham

Macam mana pula, kalau lepas beli, pastu jatuh? Itu adatlah kan. Jatuh mungkin naik balik, atau jatuh dah tak naik dah. Bergantung kepada kualiti syarikat tersebut. Ada strategi lah.

Klik sini untuk join kelas december 2020.

Artikel ini ditulis Zayed Zulkifli.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.