fbpx

Bolehkah Teknologi Bantu Penulis Buat Buku?

0 186

Setiap tahun di seluruh dunia, terdapat 2.2 juta buku dikeluarkan membabitkan kategori fiksyen dan bukan fiksyen. Data ini didedahkan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO). Dan usah terkejut, bilangan buku yang dihasilkan dijangka akan bertambah terima kasih kepada teknologi baru yang pasti membuatkan para penulis gembira.

Salah satu daripadanya ialah sebuah aplikasi platform digital Lynit yang dihasilkan oleh saintis data Amerika Syarikat, Michael Green. Green yang juga seorang penulis novel mengakui berdepan banyak masalah apabila mengarang novel yang rumit jalan penceritaannya. Semasa sibuk menyemak manuskrip yang dihasilkan, beliau mula sedar terdapat terlalu banyak watak dan plot yang diletakkan dalam karyanya itu.

Advertisement

Rajah 1: Michael Green

Ini mendorong kepada penciptaan Lynit yang membenarkan penulis untuk membuat gambaran visual, merancang dan menyatukan pelbagai elemen seperti watak, plot watak, tema dan peristiwa penting yang membentuk sesebuah cerita. Ketika ini, Lynit di peringkat pengujian beta dan sedang diuji oleh beberapa orang penulis. Ia boleh digunakan secara percuma di mana pengguna boleh melukis dan menambahbaik pencontoh digital yang rumit atau peta penceritaan.

Menurut Green, kebanyakan penulis novel memulakan kerja mereka dengan idea plot atau watak yang bersifat umum. Dengan Lynit, proses menambah idea ini telah dipermudahkan di mana idea yang dikeluarkan dapat digambarkan dalam bentuk visual sekaligus menyumbang kepada penceritaan yang dibawa.

Apabila buku-buku diterbitkan, lumrah bagi para penulis berinteraksi dengan para pembaca buku mereka. Kebiasaannya, mereka boleh menggunakan laman media sosial untuk tujuan interaksi. Tetapi ada firma menawarkan khidmat khas sebegini seperti Hiitide yang berpangkalan di Chicago.

Laman sesawang dan aplikasi yang dihasilkan mereka membenarkan penulis menyertai sesi soal jawab berbayar secara langsung dengan para pembaca. Dan penulis yang menghasilkan buku-buku motivasi boleh membuat buku dan menjana pendapatan daripada kursus-kursus pembelajaran.

Sementara Crazy Maple Studios yang berpangkalan di California pula menawarkan sesuatu yang berbeza kepada klien penulis mereka. Firma ini menambah animasi, kesan khas, muzik dan permainan dalam buku digital di mana pembaca boleh menentukan apa yang sesebuah watak buku boleh lakukan.

Rajah 2: Crazy Maple Studios boleh menukar sesebuah buku kepada novel grafik. Sumber: Crazy Maple Studios.

Di sebalik impak teknologi menarik kepada para penulis, ramai pakar menasihatkan agar mereka tidak terlalu bergantung kepada teknologi. Bagi penulis siluman dan jurulatih penulis Melissa Haveman, teknologi boleh saja mengalihkan perhatian penulis daripada hasil kerja mereka. Justeru, beliau menasihatkan mereka agar memilih teknologi yang bersesuaian dengan gaya penulisan mereka dan mengaplikasikannya dalam karya mereka.

Tetapi bagi Green, beliau melihat teknologi sebagai jurupandu dalam menyelesaikan karya mereka. Bagi penulis generasi Z, ia merupakan alat pembelajaran dan meraih pengalaman serta bukannya beban kerja tambahan.

RUJUKAN:

Debusmann Jr, Bernd. (2021). Can technology help authors write a book?. BBC News.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.