fbpx

Bonus Korona Buat Pekerja

0 70

Bukan satu rahsia ramai mengeluh bekerja dalam keadaan perlu mematuhi semua SOP Covid-19 di tempat kerja termasuk pemeriksaan suhu badan dan memakai pelitup muka.

Keluhan sebegini sedikit sebanyak menjejaskan moral mereka terutama yang perlu berada di lapangan. Justeru, syarikat harus menghargai pengorbanan mereka dengan pemberian bonus seperti dilakukan oleh Daimler, Adidas dan Vonovia.

Advertisement

Gergasi pembuat kereta Daimler pernah mengumumkan pemberian bonus korona sebanyak €1,000 kepada pekerja sepenuh masa dan separuh bonus kepada pekerja separuh masa. Sementara pelajar dan pelatih teknikal pula mendapat €300.

Mengikut peraturan korona kerajaan Jerman, pemberian bonus sebegini diisytiharkan sebagai bebas cukai dan ia tidak ditolak daripada sumbangan kepada sumbangan keselamatan sosial.

Selain dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung pekerja, ia juga merupakan sebagai tanda penghargaan Daimler terhadap komitmen pekerja semasa pandemik melanda.

160,000 pekerja dijangka meraih manfaat daripada bonus ini. Bonus sama turut diberi pengeluar barangan sukan Adidas kepada pekerja mereka semalam.

CEO Adidas Kasper Rorsted berkata, “Dengan bayaran sekali ini, kami mahu menghargai komitmen setiap pekerja dan mengucapkan ribuan terima kasih.” Seperti Daimler, Adidas turut menawarkan bonus korona sebanyak €1,000.

Beberapa hari sebelumnya, syarikat perumahan Jerman Vonovia mengumumkan bakal membayar €1,500 kepada 10,000 pekerja mereka kerana menunjukkan prestasi hebat semasa pandemik.

Manakala Siemens pula mengumumkan pemberian bonus €1,000 kepada lebih 235,000 pekerja mereka.

Justeru, tidak salah bagi syarikat-syarikat terutama yang meraih keuntungan semasa pandemik Covid-19 untuk memberi bonus kepada pekerja mereka.

Hargailah mereka kerana tanpa mereka, syarikat tidak akan mampu beroperasi apatah lagi meraih laba untuk memenuhi kantung kewangan syarikat.

Semoga dengan pemberian bonus ini, syarikat-syarikat ini dapat merangsang lebih banyak aktiviti perbelanjaan dalam kalangan pengguna. Hal ini sekaligus merancakkan lagi aktiviti ekonomi negara.

Source Gropp, M. (2020). Auch Daimler und Adidas zahlen Corona-Boni. Faz.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.