fbpx

Capai Bebas Kewangan Lebih Cepat Walaupun Gaji Bawah Paras Kemisikinan

0 555

Baru-baru ini, Jabatan Perangkaan Malaysia telah memperkenalkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang terbaru daripada RM980 kepada RM2,2,08.

 

Ini bermakna, sesiapa yang peroleh pendapatan rendah daripada RM2,208 dikira sebagai miskin.

 

Advertisement

Sebelum kita pergi lebih jauh, perlu ditekankan yang artikel ini tidak menerangkan apakah releven nya fakta dan dapatan baru ini. Ia lebih kepada membawa para pembaca untuk berfikir luar kotak bahawa yang bergaji kecil juga mampu untuk bebas kewangan, malah lebih cepat.

 

Persoalannya bagaimana?

 

Dengan memahami langkah demi langkah cara untuk bebas kewangan yang akan diterangkan nanti, anda akan faham kenapa yang bergaji kecil lebih cepat mencapai bebas kewangan.

 

Secara logiknya, mungkin anda fikir yang bergaji besarlah sepatutnya lebih cepat capai bebas kewangan kan?

 

Tanpa membuang masa, jom kita hayati fasa-fasa bebas kewangan berikut :

 

1. Financial Efficiency

Konsep penting dalam fasa ini adalah ada lebihan tunai setiap bulan. Mudah faham, kena ada aliran tunai positif.

 

Aliran tunai dah positif, cuba dapatkan paling minimum 10% pula.

 

Pentingnya ada aliran tunai positif adalah kesinambungan untuk fasa seterusnya. Jika tidak, sukar untuk anda ke fasa seterusnya.

 

2. Debt Freedom

Daripada aliran tunai positif itulah kita gunakan untuk langsaikan hutang yang sedia ada lebih cepat. Fasa ini boleh dikatakan fasa magik.

 

Sebab apa?

 

Anda akan terkejut bilamana anda selesaikan hutang anda, secara tiba-tiba anda mempunyai lebihan tunai yang banyak. Disinilah semangat anda untuk capai bebas kewangan lebih berkobar-kobar.

 

Untuk langsaikan hutang dengan lebih cepat, kita boleh mulakan dengan kerja sampingan untuk tingkatkan lagi aliran tunai.

 

Selain itu, ini sebagai persiapan untuk fasa seterusnya.

 

3. Financial Stability

Ada orang dah selesa setakat langsai hutang sahaja.

 

Ada orang nak pergi ke fasa seterusnya. Jika anda salah seorang daripadanya, anda sepatutnya sudah mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

 

Sebab itu dalam poin nombor dua, ada ditekankan untuk mulakan dengan kerja sampingan.

 

Dalam fasa ini, anda boleh sasarkan agar pendapatan sampingan anda bersamaan dengan pendapatan tetap.

Pendapatan sampingan = pendapatan tetap

Jika anda sudah capai tahap ni, anda boleh berkira-kira untuk berhenti kerja dan fokus seratus peratus dalam perniagaan anda. Dengan ini, anda boleh tingkatkan lagi pendapatan perniagaan anda.

 

Tetapi tidak semestinya kena berhenti kerja. Motif utama disini adalah, anda mempunyai lebihan duit yang banyak dan tidak diusik.

 

Jika anda bekerja, duit pendapatan tetap itu adalah duit lebihan. Bahagia rasanya bila kita boleh belanja tanpa usik duit pendaptan utama anda.

 

Dengan ini, duit tersebut akan diguankan untuk dilaburkan.

 

Apa pula matlamat pelaburan dalam fasa ni?

 

Ini yang kita akan kupas dalam poin seterusnya.

 

4. Financial Freedom

Disinilah yang akan dikaitkan dengan berapa besar gaji atau secara literalnya adalah berapa besar yang anda belanja.

 

Sebab itu, mereka yang bergaji kecil lebih mudah untuk capai bebas kewangan. Secara teorinya, bergaji kecil sudah semestinya belanja pun kecil kan?

 

Dalam fasa ini, sasarannya adalah untuk capai pulangan pelaburan bersamaan dengan perbelanjaan tahunan.

Pulangan pelaburan = perbelanjaan tahunan

Kita ambil contoh, belanja sebulan RM2,000 , maka setahun adalah RM24,000.

 

Berapa jumlah simpanan anda kena ada dengan pulangan 5% untuk capai jumlah RM24,000 tu?

 

RM24,000 bahagikan dengan 5% = RM480,000.

 

Dengan kiraan mudah ni, anda akan faham makin besar perbelanjaan ini, makin besarlah simpanan yang anda kena capai. Seterusnya, makin lama perjalanan diperlukan untuk capai tahap simpanan banyak tu.

 

Logik kan?

 

Untuk rumusan, anda boleh rujuk gambar bawah ni.

 

Atau anda boleh follow Tuan Alwi Adam untuk dapatkan info-info dan nasihat berkaitan kewangan.

 

 

 

 

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.