fbpx

Cara Bina Profil Kewangan Nampak Seksi Di Mata Bank

0 376

Baru baru ini, saya bertemu seorang pelanggan yang memerlukan penstrukturan semula kewangan.

Banyak tips & cara saya berikan untuk membina semula profil kewangan yang baik, supaya mereka boleh membuat pembiayaan membeli rumah pertama tahun depan.

Advertisement

Ya, banyak rumah yang bakal dilelong & dijual di bawah harga pasaran. Rugi tak beli kalau ada duit lebih. (Nak beli rumah lelong? Baca ini dulu: Kos Tersembunyi Dalam Rumah Lelong)

Saya ingin kongsikan beberapa cara membina & memperbaiki profil kewangan yang cantik.

 

1. Pastikan Anda Mampu

Sebelum membuat apa jua pinjaman, pastikan anda mampu dahulu.

Layak tidak semestinya mampu.

Pastikan anda mampu membayar hutang setiap bulan dan mempunyai nisbah hutang yang pendapatan yang sihat.

Jika bank, mereka akan lihat DSR (Debt to Service ratio anda) nisbah ini berbeza mengikut tangga gaji anda.

 

2. Urus Hutang

i) Semak rekod pembayaran dalam CCRIS

Pastikan tiada tunggakan hutang dengan bank. Jika ada, selesaikan segera. Kalau hutang sedia ada tak mampu urus, jangan buat hutang baru !

ii) Semak hutang dalam CTOS. Boleh beli report online, kos RM25.

a) Semak berapa CTOS Score anda. Lebih tinggi scoring, lebih tinggi peluang      mendapatkan pembiayaan bank. Jika tak bagus, lakukan langkah ini :

b) Langsaikan hutang jika ada tunggakan

c) Bayar hutang ON TIME. Lagi baik jika bayar sebelum due date.

Score bergantung juga kepada hutang selain bank. Cth : Digi, Maxis, etc

iii) PTPTN

Jika ada tunggakan, bincang semula penstruktturan dengan PTPTN tentang jadual pembayaran semula. (Baca juga: Lelaki Ini Kongsikan Cara Langsai PTPTN Dengan ASB)

iv) Kredit Kad

Cuba langsaikan  hutang yang tertunggak dahulu. Jangan guna sehingga limit maksima. Gunakan 50% dan kebawah sahaja. (Baca juga: Bayaran Minimum Kad Kredit, Satu Perangkap Tanpa Kita Sedari)

v) Ar-Rahnu / Pajak Gadai.

Ramai masih tak tahu yang hutang ini akan keluar dalam penyata CCRIS & CTOS. Jadi, ia juga akan dikira sebagai komitmen sedia ada. Selesaikan dahulu.

 

3. Sediakan Dokumen Penyata Pendapatan & Pelaburan

i) Pinjaman ASB

Anda boleh jadikan penyata dividen ASB sebagai dokumen sokongan jika penjaman telah melebihi setahun.

Jika tiada pinjaman ASB, jangan gatal nak buat pinjaman baru 3-6 bulan sebelum membeli rumah kerana ia akan dikira sebagai komitmen baru dan pinjaman akan ditolak oleh bank. (Baca juga: Patut Ke Saya Buat Pelaburan ASBF?)

ii) Rumah Sewa

Jika anda ada rumah yang disewakan, pastikan ada perjanjian penyewaan, matikan setem dan dimasukkan ke dalam bank akaun anda sebagai rekod yang sah. Jangan terima tunai.

iii) Penyata Simpanan & Pelaburan 

Ini termasuklah penyata duit di akaun simpanan, akaun tunai di ASB, Tabung Haji, amanah saham dan lain-lain. Berbeza mengikut bank.

iv) Penyata Komisen/ Pendapatan Sampingan

Jika anda anda ada buat kerja sampingan, boleh sertakan sekali untuk tambah kelayakan. Selalunya bank akan ambil kira 50-80% dari pendapatan berasaskan komisen.

Inaz Hashim
MB BCH BAO, FAR, FPR, CMSRL, ShRFP
Perancang kewangan Berlesen & Bertauliah

www.inazhashim.com

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.