fbpx

Cara daftar Sdn Bhd Yang Patut Bisnes Tahu

0 175

Kebanyakan peniaga akan bermula dengan perniagaan enterprise dan akan menaik taraf dengan pendaftaran sdn bhd apabila bisnes  mereka semakin stabil dan bersedia untuk fasa pengembangan operasi. Ini menunjukkan bisnes yang diusahakan mereka semakin stabil dan bersedia untuk perkembangan ke tahap yang lebih tinggi.

Bagi para peniaga yang baru bermula, mereka mempunyai pilihan sama ada mendaftarkannya secara enterprise atau  terus mendaftar sdn bhd. Adalah menjadi kesalahan sekiranya peniaga menjalankan perniagaan tanpa pendaftaran di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) sekalipun mereka berniaga secara kecil-kecilan atau di platform digital.

Advertisement

Jika mereka tidak berbuat demikian, maka mereka bakal dikenakan tindakan undang-undang. Di bawah Akta 197, peniaga yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendaftaran enterprise boleh dilakukan secara mudah dan pantas di laman web SSM. Bagi peniaga yang ingin mendaftar sdn bhd, anda boleh mendapatkan bantuan setiausaha syarikat sdn bhd.

Baca cara daftar enterprise di artikel ini.

CARA MENDAFTAR SDN BHD

Terdapat beberapa langkah mudah yang perlu diikuti sekiranya ingin mendaftarkan syarikat di bawah Sdn bhd:

  1. Lantik setiausaha syarikat sdn bhd.

Sebarang proses pendaftaran menjadi lebih mudah apabila seorang setiausaha syarikat telah dilantik. Setiausaha syarikat sdn bhd mestilah seorang individu yang berlesen dan mempunyai pengalaman luas dalam menjalankan tugas-tugas pematuhan akta syarikat. Mereka akan menerangkan pelbagai proses daripada pendaftaran hinggalah pengurusan syarikat sdn bhd.

  1. Sediakan maklumat pendaftaran.

Semasa hendak mendaftarkan syarikat, terdapat beberapa maklumat yang perlu diberi kepada setiausaha syarikat. Pertama, nama syarikat sdn bhd. Nama yang diberi mestilah unik dan jelas merujuk kepada syarikat. Peniaga juga diingatkan untuk mengelakkan penggunaan perkataan khusus seperti “Malaysia”, “persekutuan” dan “sultan” kerana perkataan sebegini dilarang untuk nama syarikat. Penggunaan pelbagai bahasa dalam nama syarikat yang didaftarkan juga tidak digalakkan.

Kedua, berikan maklumat berkaitan bisnes seperti aktiviti utama bisnes, alamat operasi, e-mel dan nombor telefon. Setiausaha syarikat sdn bhd akan membantu peniaga dalam memilih kod bidang daftar sdn bhd yang bersesuaian yang bersesuian dengan aktiviti bisnes.

Ketiga, berikan maklumat berkaitan pengarah. Pengarah merupakan individu yang menjalankan operasi syarikat. Bagi melayakkan seseorang itu bergelar pengarah syarikat, individu tersebut mestilah berumur 18 tahun ke atas dan bebas daripada status muflis. Dibawah Akta Syarikat 2016, syarikat boleh ditubuhkan dengan minimima hanya seorang pengarah.

Keempat, berikan maklumat berkaitan pemegang saham syarikat. Pemegang saham merupakan pemilik syarikat sdn bhd. Namun begitu, mereka tidak menjalankan operasi secara langsung dengan tanggungjawab operasi diserahkan kepada pengarah yang dilantik. Pemegang saham juga boleh melantik dan memecat pengarah syarikat melalui mesyuarat agung.

  1. Mulakan proses pendaftaran.

Selepas semua maklumat yang diminta telah diberikan kepada setiausaha syarikat, proses pendaftaran sdn bhd dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) boleh dimulakan. Kebiasaannya, proses pendaftaran mengambil masa antara tiga hingga lima hari bekerja.

LIMA KELEBIHAN SYARIKAT SDN BHD

Semasa mendaftar syarikat, sesetengah peniaga memilih mendaftarkan entiti mereka di bawah enterprise. Ia dilihat lebih mudah untuk memulakan perniagaan dengan kos yang berpatutan. Begitupun, ia bukanlah pilihan terbaik untuk peniaga yang mahu melangkah jauh dalam dunia perniagaan dan mengembangkan perniagaan mereka. Lebih moleh mendaftarkannya di bawah nama Sdn bhd kerana ia mempunyai kelebihan-kelebihan berikut:

  • Kredibiliti yang kukuh

Pihak pembekal, bank, kerajaan dan perniagaan lain lebih memandang tinggi syarikat sdn bhd berbanding entiti perniagaan lain seperti pemilikan tunggal atau perkongsian. Ini menjadikan syarikat lebih mudah mendapatkan pinjaman, merebut peluang mendapatkan tender kerajaan atau mendapatkan pembekal yang berkualiti.

  • Liabiliti terhad

Pemilik syarikat hanya akan berdepan kerugian modal selepas melaburkannya ke dalam syarikat. Andainya syarikat diisytiharkan muflis oleh mahkamah, mana-mana aset yang didaftarkan di bawah nama pemilik syarikat tidak akan terjejas kerana pemilik syarikat dan syarikat adalah entiti yang berbeza.

  • Kesinambungan

Sekiranya pemilik syarikat ditimpa musibah, pegangan saham boleh dijual atau ditukar kepada pemilik baru. Ini memastikan operasi syarikat dapat diteruskan dan  mengelakkan ia daripada dibubarkan dan terjerumus dalam masalah pewarisan harta pusaka.

  • Potensi perniagaan

Syarikat sdn bhd mempunyai potensi lebih besar untuk berkembang berbanding syarikat pemilikan tunggal. Ini kerana syarikat sdn bhd sentiasa diaudit sekaligus menunjukkan mereka telus dalam menjaga status kewangan mereka. Ini turut memberi keyakinan kepada pelabur luar untuk melabur dalam syarikat.

  • Kadar cukai yang rendah

Kadar syarikat sdn bhd lebih rendah daripada cukai individu. Malah, perancangan cukai juga boleh dibuat secara sah bagi mengurangkan lagi cukai yang dibayar.

Baca 10 kelebihan Sdn bhd di artikel ini.

TINGKATKAN PROFIL SYARIKAT ANDA DENGAN LESEN KEWANGAN MOF

Syarikat sdn bhd boleh menjalankan perniagaan dengan kerajaan Malaysia apabila peniaga mempunyai lesen kewangan MOF. Antara kelebihan mempunyai lesen kewangan MOF ialah:

1. Mempunyai akses kepada tender-tender kerajaan yang bernilai tinggi

2. Kerajaan merupakan ‘pay master’ yang baik

3. Lebih dipercayai dan mempunyai kredibiliti yang tinggi

Baca panduan daftar MOF di sini.

DAFTAR CIDB SYARIKAT BAGI TINGKATKAN POTENSI BISNES INDUSTRI PEMBINAAN

Bagi pengusaha industri pembinaan, mandatori untuk semua kontraktor sama ada tempatan atau asing untuk berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB di bawah Seksyen 25 Akta 520 (Pindaan 2011) sebelum mengakujanji dan menyempurnakan apa-apa kerja pembinaan di Malaysia. Ini melainkan mereka yang diberi pengecualian di bawah Seksyen 40(1) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520).

Baca panduan daftar CIDB di artikel ini.

10 TAWARAN HEBAT PAKEJ PROMOSI DAFTAR SDN BHD

  • Carian nama syarikat tanpa had
  • Pengesahan modal syarikat.
  • Pendaftaran pengarah syarikat.
  • Pendaftaran dua pemegang saham.
  • Penambahbaikan data di SSM MYCOID
  • Konsultansi pendaftaran sdn bhd.
  • S14 – Borang pendaftaran sdn bhd.
  • S15 – Notis pendaftaran sdn bhd.
  • S17 – Sijil pendaftaran sdn bhd.
  • S58 – Notis lantikan setiausaha syarikat.

FRAZ CORPORATE SERVICES: ONE STOP CENTRE BAGI SYARIKAT ANDA

Fraz Corporate Services merupakan sebuah firma setiausaha Bumiputera yang berpengalaman luas dalam membantu ratusan usahawan dalam mendaftar dan menguruskan syarikat sdn bhd. Pihak syarikat turut menyediakan perkhidmatan berikut:

  • Tawaran promosi pendaftaran syarikat sdn bhd sebanyak RM1498
  • Pengurusan akaun bulanan dan tahunan
  • Pendaftaran MOF/Lesen Kewangan
  • Pendaftaran CIDB

Klik sini untuk dapatkan 10 tawaran promosi Daftar Sdn bhd.

RUJUKAN

MalaysiaBiz.net. PANDUAN DAFTAR SDN BHD TERKINI UNTUK UPGRADE ENTERPRISE.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.