fbpx

China Dijangka Mengumumkan Pakej Ransangan Ekonomi

0 732

  • Ekonomi China dijangka akan berkurangan sebanyak 5% pada suku pertama


Advertisement

  • IMF berpandangan impak negatif Koronavirus pada suku pertama tahun ini masih boleh diserap sekiranya Koronavirus berjaya dibendung seperti SARS


Tatkala Koronavirus Baru terus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai di seluruh dunia, wujud kebimbangan dalam kalangan pelabur, ahli perniagaan dan penggubal dasar ekonomi akan kesan virus itu terhadap ekonomi dunia. Sejak beberapa hari lepas, bursa-bursa saham mencatat kejatuhan selepas berita peningkatan kematian akibat Koronavirus tersebar. Dan ramai memberi amaran, sekiranya keadaan ini berterusan, ia boleh membawa kepada krisis ekonomi seterusnya.

 

Salah satu negara yang membunyikan loceng amaran ialah Jepun menerusi Timbalan Gabenor Bank Jepun, Masayoshi Amamiya. Amamiya menyifatkan dengan pengaruh besar China dalam pasaran ekonomi dunia, ia boleh memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi global. Sentimen beliau turut dikongsi oleh Pengerusi Rizab Persekutuan US, Jerome Powell. Powell menyifatkan sekiranya China mengalami kelembapan ekonomi, kesannya sudah pasti akan dirasai di seluruh dunia termasuk rakan-rakan dagang Beijing.

 

Menurut Zhang Ming, seorang pakar ekonomi dari Akademi Sains Sosial China, pertumbuhan ekonomi China dijangka akan berkurangan sebanyak 5% pada suku pertama tahun ini akibat Koronavirus. Penganalisis-penganalisis dari institusi lain termasuk Citibank turut membuat kesimpulan sama. S&P dalam satu kenyataan melihat Koronavirus bukan saja merupakan ancaman kepada orang ramai tetapi menjejaskan aktiviti pelancongan dan kepenggunaan. Jika penyebaran virus tersebar luas, ia akan melemahkan pertumbuhan ekonomi dan kedudukan fiskal kerajaan-kerajaan di Asia.

Baca: Industri Yang Terkesan Dengan Coronavirus

IMF berpandangan impak negatif Koronavirus pada suku pertama tahun ini masih boleh diserap sekiranya Koronavirus berjaya dibendung seperti SARS pada tahun 2002 dan 2003. Tetapi dengan bilangan kes yang semakin bertambah mengatasi statistik SARS, impak negatif yang dibawa Koronavirus terhadap ekonomi dunia dijangka lebih besar berbanding SARS. Ini berikutan pengaruh besar China dalam pasaran berbanding semasa merebaknya wabak SARS.

 

Amamiya menjangkakan Koronavirus bakal menyebabkan ramalan pertumbuhan global kembali meningkat pertengahan tahun sebagai tidak menentu. Dengan jangkaan sebegitu, apa saja harapan untuk Tokyo mengalami pemulihan ekonomi sederhana dijangka tipis. Dan ini mendorong beberapa negara merancang mengeluarkan pakej rangsangan ekonomi masing-masing untuk memacu pertumbuhan ekonomi. China dijangka akan mengumumkan pakej rangsangan ekonominya tidak lama lagi sebagai respon kepada Koronavirus. Manakala Malaysia pula bersedia berbuat demikian sebagai respon terhadap kesan perang dagang US-China dan penyebaran Koronavirus.

 

Rujukan: NST, The Star

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.