fbpx

China Tawarkan Kerjasama Dengan Asean Untuk Bangunkan Vaksin Covid-19

0 134

Sejak menularnya koronavirus, beberapa firma, badan swasta dan negara mulai bergerak seiringan bagi menghasilkan vaksin. Beberapa kerjasama telah dibentuk bagi menguji keberkesanan vaksin tersebut terhadap manusia.

 

Dijangka vaksin hanya akan berjaya digunakan bermula tahun hadapan jika tiada apa-apa isu berbangkit. Pemimpin-pemimpin dunia juga sudah menandatangani perjanjian bahawa vaksin adalah untuk semua umat manusia tanpa mengira status.

 

Advertisement

Kerjasama dan perjanjian vaksin antara Kesatuan Eropah (EU) dan AstraZeneca adalah salah satu contoh usaha yang dilakukan bagi memastikan penduduknya terhindar daripada pandemik tanpa mengira status sosial.

Kredit: The Star

Baru-baru ini duta China ke Asean iaitu Deng Xi Jun menyatakan bahawa China sedia bekerjasama dengan Asean dalam penyelidikan dan untuk membangun vaksinkan covid-19 bagi kepentingan rakyat kedua-dua negara.

 

Tawaran itu pastinya menjadi satu berita gembira buat Asean memandangkan kebanyakan negara Asean pada ketika ini sedang dalam pemulihan kecuali Indonesia, Singapura dan Filipina.

 

Walau bagaimanapun, tawaran sedemikian pasti akan dicurigai oleh segelintir rakyat negara-negara Asean. Namun begitu, prioriti utama buat masa ini adalah kesihatan. Tidak salah rasanya untuk Asean menyambut tangan China bagi kepentingan sejagat.

 

Kedua-dua pihak sebelum ini pernah mengadakan kerjasama anti-wabak sejak pandemik itu mula mengganas di rantau ini.

 

Ianya telah mendorong kerjasama serantau untuk melakukan tindak balas kolektif secara lebih berkesan di samping memperkukuh hubungan perdagangan antara Asean dan China.

 

Terdapat potensi besar untuk Asean dan China bekerjasama dalam penyelidikan pembangunan dan penghasilan vaksin covid-19.

 

China juga memiliki saintis terbaik dengan pembangunan terkini memandangkan negara tersebut sedang mengetua dunia dalam teknologi dan tidak mustahil boleh hasilkan vaksin.

 

Memandangkan juga Asean merupakan rakan dagangan terbesar China mengatasi Kesatuan Eropah. Oleh itu, tiada alasan untuk Asean katakan tidak demi kesihatan serantau

Source Bernama. (2020, Jun 12). China sedia bekerjasama dengan ASEAN bangunkan vaksin COVID-19 – Duta. The Star. (2020 Jun 13). China ready to cooperate with Asean on R&D of Covid-19 vaccine.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.