fbpx

Ciri Terbaru Iphone Dijangka Boleh Gantikan Kunci Kereta

0 68

Apple telah melancarkan ledakan teknologi seperti ciri baru dalam menerokai dan mengatur aplikasi, perubahan besar kepada komputer riba Mac serta ciri terkini yang membolehkan pengguna membuka kunci kereta mereka dengan hanya menggunakan telefon pintar.

 

Kemas kini yang diumumkan oleh Apple di acara tahunan Worldwide Developers Conference membincangkan usaha berterusan syarikat tersebut untuk membantu pengguna dari setiap aspek kehidupan.

 

Advertisement

Sementara itu, Apple juga berpotensi untuk menghadapi app fatigue setelah lebih sedekad App Store dilancarkan.

 

Syarikat memulakan majlis dengan memberi tumpuan kepada sistem iOS 14 yang akan menjadi kemaskini terbaru bagi iphone.

Apple juga memperkenalkan ciri baru iaitu App Library yang berfungsi sebagai pengatur automatik segala aplikasi di skrin utama telefon pintar. Bukan itu sahaja, Apple juga melancarkan ciri yang lebih mudah untuk menerokai serta mengakses aplikasi baru.

 

Ciri tersebut dipanggil sebagai App Clips yang menawarkan sebahagian kecil aplikasi untuk digunakan pada saat diperlukan untuk digunakan ketika saat memerlukan seperti memesan makanan melalui atas talian. Aplikasi ini berkapasiti kecil serta berintergrasi dengan Apple Pay bagi memudahkan pembayaraan.

 

Pada masa yang sama, Apple memperlihatkan potensi iphone yang tidak diketahui dan menjadi pemacu kepada ledakan teknologi baru. Setelah menjadikan iphone seumpama kad kredit digital, Apple bercita-cita untuk menjadikannya sebagai kunci kereta digital.

 

Ciri baru yang diberi nama sebagai CarKey akan memulakan fungsinya pada kereta BMW Series 5 2021 sebelum diluaskan lagi kepada model lain. CarKey ini dapat berfunsi apabila iphone ataupun apple watch berdekatan dengan kereta serta menyokong kunci kereta digital.

Kredit: Macrumors

Jika mahu membuka pintu, pengguna hanya perlu mendekatkan peranti Apple dengan kereta Penguna juga tidak perlu mengesahkan identiti melalui Face ID ataupun kod laluan secara lalai tetapi boleh matikan express mode untuk keselamatan tambahan.

 

Sekirannya mahu berkongsi kunci kereta, pengguna harus melakukannya menerusi aplikasi Messages. Ketika berkongsi kunci kereta digital, pengguna dapat menyekat beberapa ciri tertentu seperti had kelajuan dan kelantangan radio.

 

Perkara tersebut sangat berguna apabila pengguna iaitu bapa meminjamkan kereta kepada anaknya. Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh mematikan perkongsian kunci kereta digital bila-bila masa sahaja.

 

Natijahnya, pengenalkan kunci digital melalui telefon pintar adalah satu ledakan teknologi yang berjaya dicapai oleh Apple.

 

Memandangkan ianya hanya terpakai untuk model BMW Series 5, kita belum berkesempatan merasainya. Mungkin juga di masa depan kita akab melihat kerjasama antara Proton dan Apple lantas CarKey boleh dilaksanakan pada model X50 segmen B.

Source Peters, J., & Statt, N. (2020, Jun 24). Apple announces digital car keys for wirelessly unlocking your car with an iPhone. The Verge. Yurief, K. (2020, Jun 22). Apple is overhauling the iPhone homescreen and upgrading AirPods. CNN.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.