fbpx

COVID-19 Bukti Kepentingan Kerjasama Anggota APEC

0 43

Ciri-ciri epidemik seperti COVID-19 yang tidak mengenal sempadan dan mangsa, hanya membuktikan betapa pentingnya kerjasama serantau serta penyelarasan dasar terbabit, kata Pengarah Eksekutif Sekretariat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta Maria.

 

Sehubungan itu, beliau menyifatkan sesi perkongsian maklumat Kumpulan Kerja Persediaan Bencana APEC (EPWG) menerusi mesyuarat secara maya esok sebagai sesuatu yang teras.

 

Pada mesyuarat itu, kalangan sukarelawan ekonomi-ekonomi terbabit akan membentangkan amalan masing-masing dalam usaha menangani COVID-19.

“Jika dilaksanakan, ini akan diterjemahkan ke dalam pembangunan unilateral (sebelah pihak) yang hanya diamalkan oleh kebanyakan negara-negara ekonomi anggota APEC. Namun, senario terbaik adalah supaya perkara ini dapat dilaksanakan secara pelbagai hala dan merentasi rantau ini,” katanya dalam penerbitan APEC Bulletin yang dikeluarkan hari ini.

 

Selain itu, pada masa sama Rebecca juga menegaskan sebarang hasil yang positif tidak seharusnya dibiarkan berakhir di peringkat terbabit.

 

“Forum-forum antarabangsa misalnya telah dikecam kerana sekadar menjadi platform perbincangan semata-mata. Namun, perbincangan hari ini sepatutnya menjurus kepada hasil atau keputusan hari esok.

 

Advertisement

“Dalam perkara ini misalnya, keputusan yang diharapkan adalah ia mampu mewujudkan rantau yang mempunyai daya tahan lebih baik untuk bedepan bencana seterusnya,” kata beliau.

 

Menurut Rebecca, ini juga merujuk kepada usaha pembinaan kapasiti agar perkhidmatan pengurusan bencana dapat dikerah seberapa segera dan dikekalkan dalam tempoh yang lebih panjang.

 

“Kita juga perlu menjadikan ekonomi tertentu untuk mampu menampung termasuk golongan miskin serta perniagaan paling kecil akibat ekonomi yang terjejas selain dapat memastikan institusi terus berfungsi serta mengekalkan aliran perdagangan, makanan dan bekalan,” katanya.

 

Beliau berkata APEC yang merangkumi 21 anggota ekonomi, juga perlu tangkas dalam usaha melaksanakan dasar-dasar ekonomi dan tegas serta memanfaatkan sumber-sumber pembangunan semulanya.

 

Malah, beliau menganggap ekonomi-ekonomi APEC mempunyai pengalaman yang paling pelbagai serta meluas dalam usaha menangani bencana termasuk gempa bumi sehinggalah kebakaran liar, taufan dan pandemik.

 

“Sebagai organisasi tidak terikat, tidak rasmi dan fleksibel, forum APEC telah diwujudkan sebagai platform untuk menguji penyelesaian-penyelesaian kreatif. Sehubungan itu, ia amat sesuai untuk berperanan sebagai penyumbang ideal terhadap sebarang perbincangan mengenai tindak balas pelbagai hala yang berkesan bagi menangani krisis di luar jangkaan,” katanya.

BERNAMA

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.