fbpx

Dasar Stop At Two Singapura

0 650

Singapura mengharungi banyak cabaran sebagai sebuah negara merdeka. Saiz kecil dan ekonomi membangun ialah dua perkara yang ditumpukan kerajaan Lee Kuan Yew sekitar 1970-an.

 

Bagi menjamin imbangan demografi, Kuan Yew berpendapat pertumbuhan populasi perlu sekata. Kadar kelahiran memang menurun antara tahun 1957 hingga 1970. Namun selepas tempoh ini, ramai wanita Singapura melahirkan anak.

 

Advertisement

Maka bermula tahun 1968, Kuan Yew menetapkan insentif dan halangan tertentu. Dasar Stop At Two dimulakan dengan Akta Pekerjaan, yang mana pekerja-pekerja wanita takkan menerima cuti bersalin untuk anak keempat.

stop at two

Bermula anak ketiga pula, yuran bersalin dinaikkan daripada SG$10 ke SG$50. Permohonan flat kerajaan pun tidak mengutamakan keluarga besar.

 

Kerajaan juga tidak mengutamakan anak ketiga ke atas dalam kuota pendidikan. Keutamaan diberikan kepada anak-anak yang ibu bapa mereka telah dimandulkan (sterilization).

 

Malah para wanita digalakkan berbuat sedemikian selepas anak kedua (Wong & Yeoh, 2003).

Baca juga: Kenapa Dolar Singapura Dan Dolar Brunei Miliki Nilai Yang Sama

Sambil mengekang pertambahan populasi, Singapura juga merancakkan kempen-kempen sosial seperti “Speak Mandarin”, “Speak Good English”, “Keep Singapore Clean” dan “Toilet Flushing”.

 

Pemupukan budaya sebegini juga divisualkan, seolah-olah aspirasi masyarakat madani. Kementerian Kebudayaan membuat poster-poster seperti “sebuah payung cukup dua orang (dua anak). Tiga terlalu ramai.”

 

Slogan-slogan lain seperti “Small Families – Brighter Future: Two is enough” digunakan kerajaan.

 

Malah kerajaan turut mencabar norma Singapura, menggunakan dua anak perempuan dalam poster untuk mengatakan “tidak mengapa jika tiada anak lelaki”.

 

Secara tidak langsung, Singapura telah menjenayahkan anak terlalu ramai. Pendekatan Kuan Yew sememangnya ekstrim tetapi ini menggalakkan perancangan kelahiran yang menjaminkan kesejahteraan keluarga.

 

Walau bagaimanapun ramai juga tidak berpuas hati, kerana dasar ini seolah-olah menghukum Melayu dan India yang dipandang suka beranak ramai.

Source Wong, T., & Yeoh, B. (2003). Fertility and the Family: An Overview of Pro-natalist Population Policies in Singapore. Asian Metacentre Research Paper Series.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.