fbpx

Definisi Ketidaksamarataan Ekonomi Yang Tidak Adil

0 203

Pembangunan ekonomi global bukan saja perlu diteruskan tetapi imbangan antara miskin dan kaya juga perlu ada. Sebarang jurang yang memisahkan dua kelompok ini digelar sebagai ketidaksamarataan ekonomi.

Sehingga 18 Mac 2020, dunia mempunyai 2,095 orang yang memiliki harta lebih daripada AS$1 bilion (Connett, 2019). Namun kelompok miskin jauh lebih ramai daripada kumpulan kaya ini.

Advertisement

Dijangka seramai 736 juta orang di seluruh dunia hidup dengan hanya AS$1.90 sehari (Wadhwa, 2018). Kalau diletakkan dalam perspektif ini, mungkin orang ramai tidak faham. Yalah, hartawan kalau berusaha apa masalahnya.

Namun ada banyak lagi cara untuk menunjukkan ketidaksamarataan dalam ekonomi. Contohnya golongan gelandangan hidup di jalanan sementara kondominium mewah menghiasi bandar raya.

Jurang sebegini boleh memberikan tekanan emosi dan psikologi terhadap seseorang. Skala ketidaksamarataan boleh dikecilkan lagi ke skop perbandingan bersama jiran, rakan kerja atau kenalan rapat.

Abdul mungkin berasa gembira apabila digajikan RM3,000 sebulan. Namun kalau Abdul tahu bahawa pendapatan bulanan Samad mencecah RM4,000 bagi tugas kerja yang sama, tentu sekali Abdul berasa marah.

Abdul dan Samad secara tidak langsung mengeluh apabila Kasim dibayar RM1,500 sebulan untuk kerja lain.

Mungkin mereka boleh memetik tentang sijil dan pengalaman. Namun Kasim pula mempunyai keluarga untuk ditanggung, sementara Abdul dan Samad pula bujang.

Walau bagaimanapun, ketiadaan status perkahwinan tidak bererti Abdul dan Samad tidak miliki komitmen. Hutang dan sewa rumah pun perlu dibayar seperti biasa.

Inilah dikatakan sebagai ketidaksamarataan ekonomi, belum lagi mengambil kira faktor bangsa sebagai punca gaji lebih atau berkurangan.

Imbangan ini selalu disebut-sebut ahli politik terutamanya dalam kalangan pembangkang. Namun sejujurnya tiada siapa pun boleh membaiki perkara ini dalam masa singkat. Hanya halwa telinga dan manisan hujah saja yang biasanya berbunyi.

Namun sebenarnya dari segi jangka masa panjang, kerajaan perlu menggalas dasar-dasar baharu yang dilihat menangani ketidaksamarataan.

Sebagai contohnya: halangan terhadap sesuatu ketidaksamarataan perlu dihapuskan, untuk mengimbangi ekonomi secara sosial.

Source Connett, W. (2019, Jun 25). How Billionaires Manage Their Fortunes. Investopedia. Wadhwa, D. (2018, September 19). The number of extremely poor people continues to rise in Sub-Saharan Africa. World Bank.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.