fbpx

Dunia Ingin Menghentikan Kenderaan Berpetrol

0 1,108

Luahan orang ramai terhadap pesta-pesta hiburan di Arab Saudi jelas sekali bercampur baur. Ada yang mengecam perbuatan tersebut.

Ada yang faham punca di sebalik perubahan ketara dalam sosial Arab Saudi. Di sisi geopolitik, Arab Saudi jauh sekali sebuah kuasa besar (great power) apatah lagi adikuasa (superpower). Arab Saudi adalah sebuah kuasa tengah (Buzan, 2004).

Advertisement

Status middle power ini setaraf dengan Malaysia, Mesir dan Pakistan. Dan jujurnya, pengalaman Arab Saudi dalam bab ketenteraan pun boleh nampak melalui operasinya di bumi Yaman.

Tujuh tahun sejak mengisytiharkan campurtangan, kerajaan Yaman masih lagi bersifat darurat (provisional/emergency government)… padahal republik tersebut bersebelahan sahaja.

Buruk… tetapi inilah realiti.

Kuasa ketenteraannya tidak seberapa. Kuasa ekonominya pula masih terumbang-ambing dipukul faktor harga bahan api global yang tidak menentu sejak tahun 2014 lagi. Tidak cukup dengan itu, Arab Saudi sedar satu realiti pahit yang menghampiri.

Mimpi Ngeri Timur Tengah

Terlalu lama negara-negara Arab selesa dengan kekayaan hasil bumi. Rizab minyak mereka ibaratkan tiada had. Benar, Venezuela mempunyai sumber minyak lagi banyak daripada Timur Tengah.

Tetapi Venezuela dipimpin kerajaan korup yang tidak stabil. Timur Tengah walaupun retak dengan konflik jauh lebih stabil, terutamanya Arab Saudi yang sepakat dan sekufu dari segi politik.

Walau bagaimanapun, Arab Saudi berada di tempat ketiga dalam pengeluaran minyak ditinggalkan Amerika Syarikat di tempat pertama. Bumi Amerika Syarikat (dan Canada) juga ada rezeki minyak, yang dikeluarkan melalui teknologi hydraulic fracturing.

Teknologi rekahan hidraulik.

Senang cakap, Timur Tengah sudah tidak lagi menguasai industri minyak. Setiap negara boleh menampung keperluan sendiri.

Itulah sebab kenapa harga bahan api global menjunam begitu teruk. Bekalan sudah melimpah ruah. Permintaan pula menjunam.

Bagaikan menyapu garam pada luka, setiap negara sekarang dengan gigih ingin menghentikan pengeluaran kenderaan berpetrol. Lagilah jatuh permintaan kelak.

Projek Phase Out Antarabangsa

Sumber bahan api seperti petroliam dan gas asli banyak membantu manusia. Walau bagaimanapun, sumber ini meninggalkan kesan buruk terhadap alam sekitar.

Pencemaran berterusan semakin menunjukkan kesan, seperti perubahan iklim. Jadi banyak negara sudah menentang sumber bahan api. Mereka merancang dengan rapi. Timur Tengah saja yang lalai. Pihak antarabangsa banyak bersidang dan mencapai kata sepakat.

Ambil contoh tahun 1992, apabila Protokol Kyoto dibuat untuk mengurangkan kesan rumah hijau. Pada tahun 2015 pula, Perjanjian Paris diperkenankan untuk memperluas agenda Protokol Kyoto.

Protokol Kyoto… yang dipersetujui Arab Saudi sendiri.

Pentadbiran Donald J. Trump pada mulanya keluarkan Amerika Syarikat daripada Perjanjian Paris (Milman, 2021). Tetapi kemenangan Joe Biden mengembalikan negara ke pangkal jalan. Pentadbiran Biden dipelopori golongan progresif yang lantang bersuara melalui jentera perwakilan (House of Representative).

Kuasa mereka walaupun tidak setanding dengan White House masih kuat… kerana dari sinilah mereka mempengaruhi pengundi pilihan raya.

Satu saja yang pelik dengan dunia ini. Apabila Amerika Syarikat mahu haramkan jualan kereta berpetrol, baru semua terhegeh-hegeh pandang serius.

Padahal Norway paling awal ingin benamkan teknologi petrol. Kerajaan Erna Solberg (dan sekarang Jonas Gahr Støre) ingin mengenakan cukai tinggi terhadap jualan kenderaan petrol dan diesel bermula tahun 2025.

Simbolik tetapi inilah halatuju dunia sekarang.

Kenderaan jenis ini akan diharamkan terus pada tahun 2035. Negara-negara lain seperti Belgium, Jerman dan Israel misalnya akan ikut sekali… haramkan kenderaan berpetrol bermula tahun 2030.

Mana kedudukan Amerika Syarikat? Tahun 2035. Kira terlambatlah, untuk dibandingkan dengan Eropah. Inilah sebab kenapa Dunia Arab gigih mencari sumber pendapatan lain. Kerana mereka yakin – harga minyak takkan manis seperti dulu.

RUJUKAN:

Buzan, B. (2004). The United States and the Great Powers. Cambridge. Halaman 71.

Milman, O. (2021, Januari 20). Biden returns US to Paris climate accord hours after becoming president. The Guardian.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.