fbpx

Durian Malaysia Saingi Durian Thailand Untuk Pasaran China

0 408

Durian sememangnya buah kegemaran rakyat Malaysia sejak dari dahulu lagi. Dan kini, ia sudah menyaingi durian Thailand dari segi kuantiti eksport ke negara China. Buktinya, ia dibangkitkan oleh Persatuan Durian Thailand di laman Facebook mereka susulan keputusan China membenarkan import durian dari Malaysia.

China ketika ini hanya membenarkan durian diimport secara sejuk beku dari Thailand. Tetapi dengan keputusan Beijing ini, durian Malaysia akan menyaingi durian Thailand dalam merebut pasaran di sana. Import sejuk beku ini boleh dibuat sama ada membabitkan ulas durian atau keseluruhan buahnya.

Advertisement

Pihak persatuan melihat kebimbangan mereka berasas kerana negara mempunyai 16 kemudahan untuk menyejukbekukan buah durian untuk tujuan eksport. Mereka turut membangkitkan beberapa lagi negara ASEAN sedang cuba menembusi pasaran durian China. Antara negara yang menunjukkan minat ialah Filipina, Laos dan Vietnam.

Selain itu, mereka turut mendapat laporan wilayah Hainan di selatan China sudah berjaya menghasilkan durian Mon Thong (Thailand) dan Musang King (Malaysia). Durian yang dihasilkan oleh peladang-peladang tempatan ini sudah pasti akan menambah persaingan di pasaran.

Di samping itu, mereka turut mendapati rakyat China lebih menggemari durian yang sudah masak berbanding durian muda. Bagi mereka, ia menambah kesukaran pengeksportannya kerana ia lebih cepat rosak sekaligus boleh memberi imej negatif kepada buah-buahan Thailand. Lantas, solusi sejuk beku dilihat jalan terbaik kepada permasalahan ini.

Buah durian amat digemari oleh rakyat China dan dijadikan sebagai sebahagian daripada menu baru seperti piza durian dan pai durian.

RUJUKAN:

The Nation. (2021). Competition from frozen Malaysian durian puts Thai exports in prickly situation.

Sumber gambar: The Star

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.