fbpx

E-dompet Manakah Paling Berbaloi Untuk Tebus RM30 E-tunai

0 6,780
80%
Awesome
  • Design

Bermula hari ini anda sudah boleh membuat penebusan RM30 daripada inisiatif e-Tunai Rakyat yang bertujuan menggalakkan penggunaan e-dompet. RM30 ini perlu digunakan sebelum 14 Mac nanti.

 

Syarat-syarat layak permohonan

Advertisement

1. Warganegara Malaysia

2. Berusia sekurangnya18 tahun pada tahun 2020

3. Pendapatan kurang RM100,000 setahun.

 

Ada 3 pilihan e-dompet untuk membuat penembusan ini iaitu TnG, Boost dan GrabPay. Anda hanya boleh menebus di salah satu e-dompet sahaja.

Perbandingan E-Dompet

Yang manakah paling berbaloi untuk anda daftar?

 

1. Boost

Boost boleh digunakan untuk membayar bil seperti Unifi, Astro, tambah nilai prepaid dan bil air. Malah anda juga boleh membayar hutang PTPTN disini. Selain itu, Boost boleh digunakan untuk menempah tiket wayang, tiket bas dan makanan. Untuk senarai penuh kedai dan restoran yang boleh menggunakan Boost lihat di sini.

 

Di samping itu, Boost memiliki Cashup yang membolehkan anda mendapat pulangan tunai (cashback) serta Boostup di mana anda boleh mendapatkan koin untuk membuat penebusan.

 

Untuk mendapatkan pulangan tunai yang lebih tinggi, anda boleh menggunakan aplikasi Shopback terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran melalui Boost. Caranya:

1. Buka aplikasi Shopback

2. Cari “boost”

3. Tekan dan gunakan Boost untuk membuat pembayaran.

cashback

Bagi yang belum memiliki akaun Cashback, boleh daftar di link ini dan dapatkan RM5 percuma!

Boost juga merupakan satu-satunya dompet yang membenarkan pengguna memindahkan wang daripada akaun Boost kepada akaun bank.

 

Gunakan kod ini: mohd23aff untuk mendapatkan sehingga RM8 percuma apabila membuat pendaftaran.

 

2. Touch n Go

Antara kelebihan e-dompet TnG adalah anda boleh menghubungkannya dengan kad TnG anda melalui PayDirect. Walau bagaimanapun PayDirect hanya boleh digunakan di beberapa plaza tol sahaja buat masa ini.

 

Lebih kurang sama seperti Boost, TnG boleh digunakan di kedai-kedai dan restoran. Boleh lihat di sini untuk senarai penuh kedai.

 

3. GrabPay

Kelebihan GrabPay adalah ia melengkapi ekosistem yang dibina oleh aplikasi Grab. Pengguna boleh memesan makanan, membeli barangan runcit, menempah pesanan GrabCar dan menambah nilai prepaid. Untuk senarai penuh kedai dan restoran, boleh klik di sini.

 

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.