fbpx

Ekonomi Dunia Akan Runtuh Tahun Ini?

0 153

Sekarang ni asal buka Facebook jer, mesti lalu beberapa post yang bagi amaran pasal ekonomi. Katanya kita akan gawat (recession) tahun 2023 ni. Persoalannya, kita kena dengar nasihat mereka ni atau buat tak endah jer?

Straight to the point. Banyak harga barang melambung tahun lalu. Bukan Malaysia jer jadi mangsa. Satu dunia sama (kecuali China nampkanya). Inflasi membaham begitu teruk lagi teruk dari prestasi Liverpool sekarang.

Advertisement

Tapi kalau tengok artikel BNM bertarikh 11 November 2022, inflasi Malaysia tahun lalu dijangka dalam 3.3 peratus jer.

Kira rendahlah kalau banding dengan Amerika Syarikat (6.5%), United Kingdom (10.7%*) dan EU (10.1%*).

(* = sehingga November 2022).

Inflasi di Amerika Syarikat asalnya punyalah teruk sampai Federal Reserve kena naikkan kadar faedah (interest rate). Basic economics. Kalau kadar faedah naik, orang ramai kurang berbelanja dan banyak menyimpan. Inflasi akan terkawal. Tapi yang sakitnya perniagaanlah. Dah orang tak membeli.

Teknik ni menjadi kat Amerika Syarikat. Recep Tayyip Erdogan enggan naikkan kadar faedah. Apa jadi? Ekonomi Turkiye mendap dengan inflasi tahap kronik. Korang pernah dengar perkataan “hyperinflation”?

Selalunya Jerman selepas Perang Dunia Pertama jadi contoh. Sekarang Turkiye jadi contoh. Menurut Inflation Research Group, inflasi Turkiye sebenarnya dah 185%, bukannya 85.51% seperti dilapor kerajaan Erdogan.

Ni kita dah faham pasal hubungan kadar faedah dan inflasi. Cuma sekarang ni Federal Reserve ramal inflasi Amerika Syarikat bagi tahun 2023 adalah 5.1 peratus. Masih tinggi. Best case scenario dalam lingkungan 2.7 peratus. Jadi keadaan masih samar-samar. Perang melawan inflasi ni tak boleh dinokhtahkan “tamat”. Masih tak menentu.

Bila tak menentu, apa-apa pun boleh jadi. Jadi potensi nak berlaku gawat tu memang ada. Cuma teruk mana, tiada siapa tahu. Apakah confirm akan jadi gawat? Menurut Mark Zandi daripada Moody’s Analytics, inflasi gayanya agak terkawal. Maka ada peluang ekonomi boleh dipacu tanpa kegawatan untuk tahun 2023.

Pendapat Zandi disokong Sinem Buber daripada Zip Recruiter. Namun Jerome Powell dari Federal Reserve masih belum optimistik.

Satu jer saya faham pasal kita yang marhaen ni. Kena krisis macam mana sekalipun, kalau duit tebal kat akaun memang mudah kita nak harung. Jom sediakan pelampung untuk anak-anak kita. Banyak cara diceritakan dalam buku-buku ENAM ANGKA MENJELANG DISEMBER: https://bit.ly/3fQ5FZY

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.