fbpx

Ekonomi Jerman Menjadi Mangsa

0 643

Apabila koronavirus melanda, Jerman menerima hakikat bahawa ekonomi negara akan menguncup. Angka pengangguran mencecah 6.1 peratus. Kadar pengeksportan menurun 31 peratus.

 

Namun di seluruh dunia, Jerman dipandang sebagai contoh kerana mempunyai pelan tindakan yang baik.

 

Advertisement

Hal ini demikian kerana Berlin telah meluluskan sebuah pelan rangsangan bernilai €130 bilion, dengan pemberian wang tunai €300 setiap anak dalam keluarga (Euronews, 2020).

Buat sementara waktu, Jerman berjaya mengapungkan diri. Walau bagaimanapun Covid-19 tidak langsung berhenti menular. Jerman juga dikritik kerana masih meminta pembayaran hutang daripada negara-negara EU yang miskin (Adedokun, 2020).

 

Jadi secara langsung, EU telah menjadi sebuah kesatuan yang semakin tidak relevan kerana kerjasama dan hubungan seolah-olah tidak lagi wujud.

 

Itulah nasib yang menimpa abang besar EU. Diharapkan bantuan, tanpa sesiapa menghiraukan kepedihannya.

 

Jerman sejak Mac lagi sedang bergelut untuk mencari solusi untuk krisis ekonomi yang bermula terhadap industri hotel dan bangunan komersial. Ekonomi telah meleset sebanyak -9.7 peratus (Reuters, 2020).

 

Walaupun sasaran pakar ialah -10.1 peratus, kejatuhan ini tidak langsung dapat diterima dengan positif. Jerman telah kehilangan sebanyak €383 bilion.

 

Perbelanjaan pengguna menjunam 10.9 peratus, yang tentu sekali memberi kesan berat terhadap industri kecil dan sederhana. Malah pengeksportan tidak langsung menunjukkan sebarang petanda untuk pulih.

 

Menurut pakar daripada Bank VP AG bernama Thomas Gitzel, suku kedua tahun menjunam dengan teruk.

 

Parlimen Jerman juga meluluskan permohonan kerajaan persekutuan untuk berbelanja lebih bagi memperbaharui pelan tindakan.

 

Dijangka €217.8 bilion akan dibelanjakan secara keseluruhan untuk merangsang ekonomi Jerman, yang masih menjadi mangsa badaian Covid-19.

Source Adedokun, N. (2020, April 22). Angela Merkel ‘unwilling’ to step in and save EU nations at risk of ‘economic devastation’. Express UK. Euronews. (2020, April 6). Germany announces €130 billion stimulus package as unemployment rises in Europe. Nienaber, M. (2020, Ogos 25). German economy contracts at record pace, recovery hinges on consumers. Reuters.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.