fbpx

Epik GameStop – Pelaburan YOLO

0 759

Dalam mana-mana kisah epik perlu ada protagonis, antagonis dan konflik.

Ini kisah Epik YOLO GameStop.

Advertisement

Protagonis: Michael Burry, WallStreetBets, Ryan Cohen

Antagonis: Hedge Fund, Citron, Melvin

Konflik: GameStop, Short Squeeze

 

1. GameStop

GameStop ialah rangkaian kedai jual video game. Tapi sejak game console banyak jual game online. Jualan GameStop jatuh sendu sejak 2016. Bertambah sendu waktu Covid-19

Tak ada siapa sangka, GameStop menjadi sebuah kisah epik. Hype GameStop mula mencanak pada Ogos 2020. Selepas Ryan Cohen mula terlibat aktif.

 

2. Michael Burry

Kisah Epik Comeback GameStop bermula dengan Michael Burry. Siapa Michael Burry ni?

Seorang pengurus dana pelaburan dengan nilai aset bersih ~$300m, multimillionaire.

Terkenal dengan keuntungan ratusan juta dollar semasa krisis kewangan 2008. Kisah dia dilakonkan Christian Bale dalam filem Big Short. Pada Ogos 2019. Dia umum dia dah beli 3% saham GameStop.

Dia hantar surat nasihat kepada management GameStop. Bagi pandangan apa patut GameStop buat. Keyword surat dia: share buyback, 2020 new console cycle, undervalued.

Boleh baca di sini: Business wire

 

3. Reddit: WallStreetBets

Hype pelabur runcit bermula di forum WallStreetBets di Reddit. Sebuah forum perbincangan pelaburan. Dengan tagline: Like 4chan found a Bloomberg Terminal.

Sebelum Michael Burry, ada pelabur lain dah recommend Gamestop. Pada awal 2019, delaneydi, tulis di reddit GameStop masih cash rich dan tak banyak hutang, GameStop hanya perlu strategi untuk buat turnaround sahaja.

Setahun selepas tu, delaneydi tulis lagi maklumat terperinci tentang potensi GameStop. Boleh baca di sini: Reddit 1 (Investment thesis), Reddit 2 (Future of Gamestop)

Selepas Michael Bury umum dia beli 3% saham GameStop, seorang redditor, dengan nama user DeepFuckingValue pula kongsi keuntungan saham dia.

Setahun lepas tu, dia update cerita GameStop di akaun youtube dia, Roaring Kitty sambil berterima kasih kepada Bury. Anda boleh tengok di Channel Youtube ini berapa banyak video tentang Gamestop dia dah buat.

Tapi forum WallStreetBets belum panas lagi waktu tu. Bila seorang lagi redditor, Senior_Hedgehog cerita pasal ‘short squeeze’ pada April 2020. Keypoint dia: GameStop ialah peluang pelaburan sekali seumur hidup.

Barulah saham GameStop mula dapat perhatian pelabur runcit. Cumanya cerita short squeeze ni sebenarnya dah lama ditulis oleh NapoleonCapital di website Seeking Alpha

Hype GameStop betul2 mencanak selepas Ryan Cohen masuk pada Ogos 2020.

 

4. Ryan Cohen

Ryan Cohen ni bukan calang-calang orang. Pada 2017, Ryan Cohen menjual Chewy, sebuah startup e-commerce petfood. PetSmart membeli Chewy dengan harga $3.35 billion.

Dengan wang ratusan juta selepas penjualan Chewy, Ryan Cohen melabur dalam dua saham sahaja, Apple dan Wells Fargo.

Ryan Cohen menjadi pelabur individu terbesar dalam saham Apple.

Ryan Cohen mengumpul 10% saham GameStop pada Ogos 2020.

Pada November 2020 Ryan Cohen menghantar surat secara umum kepada pengurusan GameStop dan beri nasihat strategi bagaimana untuk buat turnaround.

Ramai lihat Ryan Cohen serius untuk ubah nasib GameStop

Ryan Cohen nampak potensi untuk GameStop menjadi Chewy 2.0

 

5. Short Squeeze

Konflik Epik YOLO GameStop bermula dengan terma Short Squeeze.

Kena faham istilah Short dulu:

Short ialah kaedah pelaburan dengan menjual saham yang tidak dimiliki.

Biasa Short ini akan dibuat apabila ada sentimen bahawa saham ini tak bagus. Pelabur yang membuat short akan meminjam sekejap saham individu lain. Dia akan menjual saham tersebut dengan harapan saham tersebut akan jatuh.

Pelabur short akan bersedia untuk membeli semula saham tersebut selepas tu.

Tapi ada risiko untuk kaedah short ni. Bila harga saham naik pelabur Short ini perlu topup balik nilai saham yang dah naik. Sebab saham itu hanya dipinjam sekejap sahaja.

Apabila terlalu banyak pelabur membuat short sesuatu saham, tapi dalam masa sama harga saham naik mencanak. Itulah datangnya istilah ‘short squeeze’.

Pelabur short semakin rugi bila harga terus naik. Pelabur short kena cepat-cepat beli balik saham tersebut. Untuk pulangkan balik saham yang dah dipinjam sekejap tadi

Menyebakan harga bertambah canak

Rujuk contoh Monyet vs Ular dalam gambar untuk penerangan mudah

 

6. Hedge Fund

Hedge Fund ialah dana pelaburan high risk. Citron Research dan Melvin Capital adalah dua hedge fund yang terlibat untuk short GameStop.

Menjadikan mereka sebagai antagonis musuh utama pelabur runcit dalam WallStreetBets.

Antara kepuasan terbesar bagi pelabur WallStreetBets. Bila Melvin Capital perlukan bantuan $2.75 billion dari Citadel dan Point72 selepas tersangkut dengan game Short Squeeze oleh geng WallStreetBets.

 

Bacaan berkaitan: Bagaimana pelabur runcit ‘ditipu’

Bacaan berkaitan: FOMO, musuh kepada pelabur

 

7. Robinhood

Salah satu punca spike minat pelabur runcit saham, apabila Robinhood sediakan platform pelaburan dengan 0% komisen fee. Sejak 2020, ramai newbie melabur saham secara agresif (high risk) termasuklah geng WallStreetBets.

Tapi ramai juga bertanya macam mana Robinhood buat duit kalau tak ada komisen?

Jawapannya ialah Robinhood dapat duit dari Citadel. Citadel dapat tengok order flow dalam trade pelabur runcit Robinhood. Jadi Citadel akan ambil peluang untuk trade lebih awal dari pelabur Robinhood.

Citadel pun sebenarnya banyak bantu naikkan harga GameStop. cuma agak kelakar selepas itu Citadel pula cuba selamatkan Melvin Capital

8. YOLO

Mula pertengahan Januari 2021. Ramai public figure mula promote GameStop dan WallStreetBets. Elon Musk, Chamath, Austen Allred dan ZeroHedge antaranya.

Malah ahli politik dan regulator US dah mula bising. Tak ada siapa tahu apa akan jadi pada saham GameStop

Apa yang pasti pelabur strategik jangka masa panjang seperti Michael Burry, Ryan Cohen dan ‘DeepFuckingValue’ masih nampak potensi untuk GameStop buat turnaround.

Trend terbaru ramai pelabur runcit ambil nasihat untuk beli saham dalam situasi Short Squeeze. Saham seperti AMC dan EXPR pun naik mencanak pada 2021

Nampaknya Epik YOLO ini akan berterusan lagi…

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.