fbpx

Evergrande – Runtuhnya Empayar Perniagaan Gergasi China Ini?

0 2,119

Sekarang kecoh pasal Evergrande Group. Bagi yang tidak tahu, Evergrande adalah sebuah syarikat pembangunan hartanah kedua terbesar di China. Dan pada tahun 2018, Evergrande menjadi syarikat paling bernilai di dunia dalam sektor hartanah (Xinhua, 2018).

Biasanya, mereka menjual rumah pangsa kepada pasaran golongan berpendapatan sederhana dan tinggi (Martin, 2021). Mereka membeli tanah punya luas sampai cukup untuk membina rumah untuk 10 juta orang (Hale, et al., 2020).

Advertisement

Elok saja beroperasi, tiba-tiba ada sepucuk surat ditularkan pada Ogos 2021. Katanya Evergrande semakin kehabisan wang dalam rizab syarikat. Evergrande mempertahan diri berkata surat itu palsu.

Tetapi pada 1 September, Evergrande sah kehabisan wang dan tidak mampu membayar balik hutang sedia ada (Hale, 2021). Untuk mendapatkan dana pantas, Evergrande menjual beberapa aset seperti 20 peratus pegagannya dalam Bank Shengjing.

Jatuhnya sebuah empayar besar China.

Dapatlah dalam lingkungan AS$1.5 bilion. Cuma masalah sekarang, hutang Evergrande mencecah AS$300 bilion.

Satu masalah kalau Evergrande jatuh – bank-bank yang memberi pinjaman takkan dapat balik duit dengan cara mudah. Malah kelompok pelabur juga akan garu kepala. Semua golongan ini mesti terkesan teruk.

Pada masa ini, bank-bank Hong Kong seperti HSBC dan Standard Chartered takkan terkena apa-apa tempias. Sektor perbankan tempatan mampu bertahan, kerana tidak terlibat dengan aktif dalam urus niaga Evergrande pihak berkuasa kewangan bandar sudah lama mengeluarkan amaran (Yiu, 2021).

Punca masalah Evergrande barangkali kerana sikap agresif syarikat. Dalam masa beberapa tahun, Evergrande menceburi terlalu banyak sektor berlainan. Pada tahun 2010, mereka membeli kelab bola sepak Guangzhou Evergrande F.C. (kelab paling besar China).

Mereka membeli pemain punya ramai, siap mengupah Marcello Lippi sampai menang Liga Juara-Juara AFC 2013.

Tinggal kenangan.

Pada 16 April tahun lalu, mereka membuka stadium berkapasiti 100,000 orang pula untuk kelab ini.

Pembukaan ini takkan memberi sebarang impak, andainya Evergrande merancang betul-betul. Masalahnya pihak pengurusan membeli syarikat kenderaan elektrik Faraday Future dengan bayaran AS$2 bilion. Mereka melabur berbilion untuk tiga model elektrik berjenama Hengchi siap berpakat dengan Syarikat Grid Negara China untuk membina stesen pengecasan.

Tidak terlupa juga penglibatan Evergrande dalam industri hiburan dan pertanian.

Evergrande sebenarnya tidak mampu berkembang dengan pantas tanpa suntikan dana melalui hutang. Cita-citanya sangat besar.

Jadi masalahnya pun sama besar. Sekarang Evergrande lumpuh kerana kesilapan sendiri. Syarikat ini sudah tidak mampu membayar hutang dimohon sendiri.

Dan kerajaan China nampaknya sudah mula melibatkan diri dalam usaha menyelesaikan masalah ini, kerana melibatkan perumahan rakyat (Toh, 2021).

Cuma masalah sekarang adalah, bukan Evergrande saja yang didapati susah membayar balik hutang. Ada tiga syarikat lain yang sudah mengisytihar muflis, seperti Brilliance Auto Group (rakan niaga BMW), Tsinghua Unigroup (pengeluar mikrocip), dan Yongcheng Coal and Electricity (He, 2020).

Situasi ini membuatkan banyak pihak berasa bimbang, kerana China terlalu bergantung pada pelaburan berasaskan hutang. Ada syarikat siap terpaksa mengecilkan operasi kerana Beijing sudah mula mengetatkan syarat pinjaman luar (Pham, 2018).

Kalau cakap pasal pengecilan operasi, maksudnya selalu sama: jual anak syarikat sebanyak mungkin. Itu yang dibuat Wang Jianlin daripada Dalian Wanda. Dulu Jianlin mempunyai empayar perniagaan senang cakap mendonia.

Sekarang beliau menjual banyak hak milik antarabangsa untuk fokus pada perniagaan tempatannya di China sahaja.

Pepatah Melayu mungkin sesuai digunakan untuk faham masalah Evergrande: ukur baju di badan sendiri.

RUJUKAN:

Hale, T., et al. (2020, September 30). Evergrande: the property group that has the market on edge. Financial Times.

Hale, T. (2021, Ogos 31). Heavily indebted Chinese developer Evergrande warns of default risk. Financial Times.

He, L. (2020, Disember 11). Chinese state-owned companies are in trouble. That could hurt the global recovery. CNN.

Martin, N. (2021, September 16). Evergrande: Why the Chinese property giant is close to collapse. Deutsche Welle.

Pham, S. (2018, Januari 24). Once China’s richest man, Wang Jianlin is selling off his global empire. Money CNN.

Toh, M. (2021, September 30). 5 things to know about the Evergrande crisis: A simple breakdown. CNN.

Xinhua. (2018, September 5). China’s Evergrande tops world’s most valuable real estate brand: report.

Yiu, E. (2021, September 29). Evergrande crisis: Hong Kong banks can handle stress as they have little exposure to troubled Chinese developer, source says. South China Morning Post.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.