fbpx

Filem Hollywood Bergelut Di China?

0 289

Umum tahu antara pasaran perfileman terbesar dunia ialah China dan ia menyumbang kepada kutipan pecah panggung filem-filem Hollywood sepanjang zaman.

Antara filem yang meraih manfaat sedemikian ialah Avengers: Endgame, The Fate of the Furious dan Furious 7. Namun disebabkan pandemik Covid-19, ia dijangka bakal menjadi cabaran kepada studio-studio Hollywood untuk menembusi pasaran lumayan itu.

Advertisement

Kutipan tiket pawagam di China untuk tahun 2020 mencecah 60 bilion yuan (RM37.5 bilion), tidak terlalu jauh berbanding kutipan 2019 sebanyak 64 bilion yuan (RM40 bilion). Walau bagaimanapun di Amerika Syarikat, lain pula ceritanya.

china theater
Kredit: Yahoo News

Berikutan negara itu masih bergelut menangani pandemik Covid-19, banyak pawagam terpaksa ditutup. Hal ini dapat menjelaskan mengapa kutipan tiket AS pada 2020 hanya sepertiga daripada kutipan tiket di China.

Baca juga Bagaimana Industri Filem Buat Duit?

Dengan trend sebegini, tidak hairanlah ramai eksekutif studio berusaha memastikan filem mereka mendapat sambutan baik di China.

Antara cara yang digunakan ialah mendapatkan studio-studio China sebagai rakan pelabur filem atau membawa masuk pelakon negara Tembok Besar yang berprofil tinggi sebagai bintang mereka.

Bagi peminat filem Mission Impossible, pasti perasan logo Alibaba Pictures sebelum permulaan filem Mission Impossible: Rogue Nation dan Mission Impossible: Fallout.

Alibaba Pictures
Kredit: Alibaba

Alibaba Pictures merupakan anak syarikat Alibaba milik jutawan China terkenal, Jack Ma. Alibaba Pictures turut mengadakan kerjasama dengan syarikat produksi Amblin Partners yang dimiliki oleh pengarah filem terkenal Steven Spielberg.

Begitupun, agak sukar bagi filem-filem Hollywood menembusi pasaran China ketika ini atas beberapa faktor. Pertama, ketegangan hubungan China-AS dalam banyak segi termasuk geopolitik.

Kedua, orang China lebih sensitif terhadap cara filem memaparkan watak atau negara mereka. Ketiga, perjanjian pengimportan filem China-AS dibiarkan luput pada 2017 tanpa sebarang tanda ia akan diperbaharui.

Hal ketiga ini yang membimbangkan studio-studio Hollywood. Menerusi perjanjian sebelum ini, China perlu mengimport sekurang-kurangnya 34 buah filem Hollywood dalam setahun.

Selepas ia luput pada 2017, tiada sebarang inisiatif sama ada untuk merundingkan semula perjanjian atau menyambung perjanjian sebelumnya.

Setakat ini, China masih membenarkan filem-filem Hollywood ditayangkan tetapi situasi boleh saja berubah.

Hal ini demikian kerana Beijing boleh saja menjadikan ia sebagai alat rundingan dengan pentadbiran Presiden Joe Biden dengan cara menangguhkan atau melarang tayangan filem Hollywood.

Memandangkan pentadbiran kedua-dua negara mempunyai keutamaan berbeza ketika ini, agak sukar untuk melihat perjanjian yang dinyatakan itu akan dirundingkan semula.

Apa yang pasti, dengan bilangan kes Covid-19 yang semakin terkawal, orang ramai dapat menjalani kehidupan normal semula termasuk mengunjungi pawagam.

1 Januari lepas menyaksikan ia mencatat kutipan tiket pecah panggung untuk sambutan Tahun Baru. Manakala sambutan Tahun Baru China mencatat kutipan tertinggi mengatasi kutipan pada 2019.

Antara filem yang mendapat sambutan semasa sambutan Tahun Baru China ialah sekuel ketiga Detective Chinatown dan filem komedi keluarga, Hi Mom.

Menariknya, kedua-dua filem ini merupakan hasil usaha anak-anak tempatan. Sementara satu-satunya filem Hollywood yang akan ditayangkan pada Februari ialah filem Tom and Jerry. Filem ini akan ditayangkan serentak di AS dan China pada 26 Februari.

Mengikut kutipan filem pecah panggung 2020, filem-filem Asia mendominasi senarai carta. Antara yang tersenarai ialah The Eight Hundred dan filem aksi thriller Hong Kong, Shock Wave 2.

Baca juga Filem Asia Pecah Panggung Kerana Covid-19

Namun bagi filem-filem Hollywood, mereka berdepan prospek filem gagal mencatat kutipan pecah panggung atau dikecam penonton China.

Mulan
Kredit: Malaymail

Contoh paling mudah, filem Mulan. Filem terbitan Disney itu berdepan kritikan keras pengkritik China kerana penonjolan budaya dan sejarah yang kurang tepat serta pembangunan watak yang tidak seimbang.

Selain itu, filem ini turut mendapat kritikan kerana mengadakan penggambaran di Xinjiang, wilayah di mana komuniti Uighur dikatakan ditindas oleh Beijing.

Bagi penerbit filem Chris Fenton, situasi ini ternyata mencabar bagi penerbit-penerbit filem Hollywood. Ianya kerana studio-studio filem China semakin banyak menghasilkan filem berkualiti dan relevan untuk penonton mereka.

Justeru, sebarang harapan bagi filem-filem Hollywood mendapatkan semula modal di China dilihat semakin tipis.

Baca juga 5 Filem Sebagai Inspirasi Kepada Peniaga

Source Zhao, S. (2021). Hollywood struggles for fans in China’s growing film market. Bloomberg.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.