fbpx

Firma-Firma Berebut Lesen Perbankan Digital Malaysia

0 202

Seperti negara dan wilayah Asia lain, Malaysia juga bersedia membuka peluang kepada syarikat-syarikat besar untuk mendapatkan lesen perbankan digital Bank Negara Malaysia (BNM).

Tidak seperti di Hong Kong dan Singapura di mana semua firma yang berminat menyatakan bagaimana mereka mengubah pasaran kewangan, konsortium-konsortium di sini memilih pendekatan diam-diam ubi. Yang pasti, terdapat beberapa konsortium yang dilihat calon utama mendapatkan lesen yang dinyatakan.

Advertisement

Selepas tamat tarikh tutup permohonan lesen perbankan digital BNM, BNM mengesahkan 29 permohonan daripada konsortium-konsortium yang berminat. Bagi pakar-pakar kewangan, ia sedikit mengejutkan kerana keperluan modal untuk bank digital di Malaysia tidaklah setinggi seperti ditetapkan di dua negara yang dinyatakan. Begitupun, bilangan permohonan tidaklah terlalu jauh berbanding Singapura (21 permohonan) dan Hong Kong (30 permohonan).

Seperti dijangka, nama-nama biasa dalam perbankan digital seperti Grab, Boost dan BigPay menterjemah minat mereka dalam bentuk permohonan lesen. Bagaimanapun, mengikut beberapa sumber, dua entiti yang sebelum ini berminat memohon lesen perbankan digital sebagai sebahagian daripada konsortium yang dianggotai mereka memilih menarik. Dua entiti bank itu ialah Bank Rakyat dan Touch nā€™ Go (TNG). TNG merupakan anak syarikat kumpulan perbankan tempatan CIMB.

Pada 2 Julai lepas, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) mengumumkan rancangan membentuk konsortium dengan Boustead Holdings Bhd dan sebuah firma broker insurans bebas untuk mendapatkan lesen perbankan Islam digital. Kolaborasi tiga entiti ini melalui anak syarikat Angkasa, MyAngkasa Digital Services dengan sasaran pelanggan pasaran seramai tujuh juta orang. Kebanyakan mereka berada dalam segmen pasaran kewangan yang tidak mendapat perkhidmatan atau mendapat sedikit perkhidmatan kewangan.

Sesiapa saja yang melihat nama Grab tahu mereka merupakan pilihan utama untuk mendapatkan lesen perbankan digital. Untuk lesen perbankan digital Malaysia, Grab memilih meneruskan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi Singapura, Singtel selepas berjaya mendapatkan lesen sama di Singapura tahun lepas. Kali ini, bidaan mereka mendapat sokongan sebuah konsortium yang dianggotai oleh pelabur-pelabur bernilai tinggi.

Selain mereka, pilihan-pilihan utama lain ialah Boost, anak syarikat firma telekomunikasi negara Axiata Group yang membentuk kerjasama dengan RHB Group Bhd. Manakala unit kewangan digital Air Asia, Big Pay pula mengumumkan pakatan dengan Malaysia Industrial Development Finance Bhd (MIDF), firma ekuiti Ikhlas Capital dan sebuah konglomerat asing yang berpengalaman dalam hal ehwal kewangan digital. Sumber-sumber pasaran percaya konglomerat ini juga merupakan sebuah firma ekuiti.

Mungkin ada merasa aneh mengapa firma-firma ekuiti bersedia bekerjasama dengan firma-firma kewangan digital untuk merebut lesen perbankan digital. Tetapi menurut satu sumber industri, ia bukan sesuatu yang asing. Ini kerana firma-firma ini membawa masuk wang dan modal diperlukan untuk bank-bank digital beroperasi.

Sumber ini percaya pelaburan firma-firma ini untuk perbankan digital merupakan satu pelaburan jangka panjang dan mereka juga telah mempunyai strategi keluar tersendiri: tawaran awam awal (IPO). Salah satu bank digital yang meraih dana menerusi IPO ialah Kakao Bank di Korea Selatan. Beberapa minggu sebelumnya, mereka berjaya meraih dana sebanyak AS$2.3 bilion (RM9.6 bilion) sekaligus menjadikannya sebagai bank ketiga paling bernilai di negara itu.

Selain firma-firma yang dinyatakan, ada juga negeri-negeri yang memohon lesen perbankan digital tetapi tidak dapat disahkan sama ada meneruskan atau membatalkan permohonan. Tetapi sebelum ini, Johor dan Sarawak ada menyatakan minat terhadap hal ini apabila tawaran lesen perbankan digital diwar-warkan sejak tahun lepas.

Tiga firma yang menggigit jari selepas terlepas empat lesen perbankan digital Singapura dijangka akan cuba membida perkara sama di Malaysia. Dua firma yang dinyatakan ialah AMTD Group, Razer Fintech dan Funding Societies. Kedua-duanya sebelum ini bergabung dengan Xiaomi dan SP Group untuk lesen perbankan digital Singapura tetapi gagal. Tetapi AMTD dan Xiaomi berjaya mendapat lesen di Hong Kong menerusi penubuhan Airstar Bank.

Sementara Razer pula memilih mengalihkan fokus mereka kepada pasaran Malaysia dan Filipina untuk segmen perbankan digital. Ini menunjukkan cita-cita syarikat untuk mengembangkan sayap ke bidang kewangan digital masih tidak berubah walaupun selepas berdepan kegagalan di Singapura.

Yang pasti, mana-mana firma yang berjaya perlu mengekalkan modal dana sebanyak RM100 juta dan tidak diganggu dengan kerugian semasa fasa permulaan bank digital ā€“ tiga tahun pertama daripada lima tahun. Setelah itu, nilai dana akan ditambah kepada RM300 juta.

Jika dibandingkan dengan Singapura dan Hong Kong, ia amat berpatutan jika dibandingkan nilai yang perlu dibayar untuk segmen berkenaan. Singapura menetapkan keperluan modal sekitar S$100 juta (RM308.80 juta) untuk bank borong digital, S$1.5 bilion untuk bank digital penuh atau konsesi S$15 juta untuk tempoh satu hingga dua tahun. Sementara Hong Kong menetapkan modal sekitar HK$300 juta (RM156 juta) untuk bank digital sama seperti bank-bank komersial.

RUJUKAN:

Paul Raj, Adeline. (2021). Malaysia attracts slightly fewer digital bank applications than Hong Kong. The Edge. Diambil dari https://www.theedgemarkets.com/article/malaysia-attracts-slightly-fewer-digital-bank-applications-hong-kong

Fong, Vincent. (2021). Here Are All The Digital Banking Contenders in Malaysia (So Far). Fintech Malaysia. Diambil dari https://fintechnews.my/27717/virtual-banking/here-are-all-the-digital-banking-contenders-in-malaysia-so-far/

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.