
Florida Menempah Mαυt Dengan Dua Juta Tayar
Ada satu peribahasa Inggeris yang amat bermakna: the road to hell is paved with good intentions (jalan ke neraka diturap niat yang baik).
Situasi ini banyak berlaku dalam pentadbiran. Maksudnya, pihak tertentu (tidak semestinya kerajaan) ambil tindakan disangka sangat baik rupa-rupanya mengundang pαdαh luar biasa. Amerika Syarikat banyak buat tindakan ini.
Advertisement
Salah satu tindakan luar biasa berlaku di Florida, pada tahun 1972 apabila Broward Artificial Reef Inc. (BARINC) membuang dua juta tayar di dasar laut. Kalau ikut teori, tayar buangan ini akan membuat terumbu karang untuk ikan. Itu kalau ikut teorilah.

Ketika itu ramai berbesar hati turun padang membantu. Teori ini nampak gaya menyelesaikan dua masalah secara serentak: 1) lambakan tayar yang hanya 10 peratus dikitar semula (Stone, et al., 1974) dan 2) masalah terumbu karang yang semakin berkurangan.
Pihak Goodyear Tire & Rubber siap datang untuk perasmian projek lagi dengan kenyataan media mendabik yang tayar ada ciri-ciri penting untuk “pembangunan terumbu” (CBS News, 2007).
Jujurnya idea ini ada asas saintifik. Pada waktu itu, terlalu banyak kapal yang karam menjadi “terumbu karang” bukan semulajadi. Malah ada kapal seperti USS Spiegel Grove sengaja dikaramkan untuk tujuan yang sama (Barnette, 2008).
Cuma ada satu perbezaan ketara antara tayar getah dan kapal besi. Tayar terlalu ringan, sekali gus boleh tersasar daripada tempat sepatutnya. Ambil contoh RMS Titanic. Semua tahu kapal ini pαtαh dua sebelum ditenggelami air.
Tetapi dua bahagian bαηgkαi kapal ditemui 600 meter antara satu sama lain. Kapal serba gergasi boleh hanyut begitu jauh, apatah lagi tayar yang ringan.
Niat Baik Membuka Jalan Neraka
Projek ini bukan setakat gagal. Kesannya siap memαkαη diri, tanpa sebarang hasil memberangsangkan. Hanya beberapa spesis dalam cabang (phylum) Porifera saja yang mendiami terumbu tayar ini.

Itupun populasi mereka boleh dibilang dengan mata – tidak perlu jari. Pada masa sama, arus ombak meleraikan terumbu tayar sampai terjejas terumbu karang semulajadi yang berhampiran (Felton, 2021).
Sisa getah bercampur pula dengan nylon terabur tiga kilometer jauh sampai terumbu karang baru tidak boleh tumbuh. Banyak tayar siap hanyut ke kawasan pantai.

Pendek kata, memαkαη diri habis sampai kerajaan negeri kena masuk campur. Sesudahnya kerajaan negeri kena masuk campur.
Gabenor Charlie Crist membentangkan bajet sebanyak AS$2 juta untuk mengeluarkan terumbu tayar ini (The Associated Press, 2007). Itu sekadar mukadimah, kerana operasi pembersihan antara 2007 hingga 2010 menelan AS$3.4 juta.

Pihak kerajaan tidak boleh menyalahkan BARINC kerana projek ini mendapat sokongan Tεηtεrα Darat Amerika Syarikat Kor Jurutera.
Punca kegagalan sebenar-benarnya adalah kerana tiada kajian yang lengkap sebelum projek dilaksanakan. Patutnya kena buat berskala kecil dan kaji kemudian jika benar-benar menjadi. Ini tidak – buang terus dua juta tayar. Padahal Virginia pernah cuba, dan Taufan Bonnie 1998 tunjuk belangnya.
Pembinaan terumbu karang tiruan adalah konsep yang sudah lama dibincangkan. Sekitar 1980-an, Malaysia pernah melancarkan projek ini secara besar-besaran, dengan 65 terumbu yang dibina menggunakan 3.25 juta tayar.
Kesan yang sama berlaku, yakni pantai kotor dan terumbu karang semulajadi mυsηαh (NBC News, 2007). Sesudahnya alam sekitar menanggung beban, yang dilepaskan pada semua orang. Berbalik ke peribahasa. Niat sudah elok (good intentions). Tetapi kalau bergantung pada niat saja, memang lingkup (road to hell) jawabnya.
RUJUKAN:
The Associated Press. (2007). A 1970s plan for a tire reef off Florida turns into an ecological disaster. International Herald Tribune.
Barnette, M. (2008). Florida’s Shipwrecks. Arcadia Publishing.
CBS News. (2007, Februari 19). “Reef” Tires Create Fla. Ocean Nightmare.